Misi Jetstar adalah untuk menawarkan tambang murah bagi membolehkan orang ramai dapat menaiki kapal terbang ke lebih banyak tempat dengan lebih kerap. Sejak dilancarkan di Australia pada tahun 2004, kami telah membawa lebih daripada 200 juta penumpang.

Kami mempunyai salah satu rangkaian penerbangan tambang murah di Asia Pasifik berdasarkan pendapatan. Kapal terbang yang membawa jenama Jetstar beroperasi lebih daripada 4,000 penerbangan seminggu ke lebih daripada 75 destinasi.

Kumpulan Jetstar terdiri daripada:

Jetstar Airways di Australia dan New Zealand yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Qantas.

Jetstar Asia Airways, yang berpangkalan di Singapura dan diuruskan oleh Newstar Holdings, majoritinya dimiliki oleh syarikat Singapura, Westbrook Investments Sdn Bhd sebanyak 51 peratus manakala 49 peratus lagi dipegang oleh Kumpulan Qantas.

Jetstar Pacific Airlines, yang berpangkalan di Vietnam dan majoritinya dimiliki oleh Syarikat Penerbangan Vietnam dengan Kumpulan Qantas Group menguasai 30 peratus.

Jetstar Japan, adalah usahasama di antara Kumpulan Qantas, Syarikat Penerbangan Jepun, Perbadanan Mitsubishi dan Perbadanan Pajakan Century Tokyo.

Jayne Hrdlicka adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jetstar.