This is our website for:

Kumpulan Jetstar

Kumpulan Jetstar ialah sekumpulan pemberi khidmat penerbangan yang menawarkan tambang murah setiap hari sekeliling Australia, New Zealand dan rantau Asia Pasifik.

Kami mahu memberi anda peluang berkenalan lagi dengan kami melalui sejarah syarikat kami dan himpunan pesawat kami yang hebat.

Misi Jetstar adalah untuk menawarkan tambang yang murah sepanjang hari, setiap hari, supaya lebih ramai orang mampu terbang ke lebih banyak tempat dengan lebih kerap.

Kumpulan Jetstar ialah kumpulan syarikat penerbangan tambang murah yang mengutamakan nilai. Kami menyediakan khidmat kepada golongan yang bercuti dan yang mementingkan nilai. Kumpulan ini terdiri daripada:

  • Jetstar Airways di Australia dan di New Zealand (dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Qantas).
  • Jetstar Asia di Singapura. Syarikat ini dikendalikan oleh Newstar Holdings, yang dimiliki bahagian majoritinya oleh Westbrook Investments, iaitu sebuah syarikat Singapura (51 peratus) manakala bahagian yang selebihnya dimiliki oleh Kumpulan Qantas (49 peratus).
  • Jetstar Pacific di Vietnam (yang dimiliki bahagian majoritinya oleh Vietnam Airlines manakala Kumpulan Qantas memiliki 30 peratus).
  • Jetstar Japan, iaitu perkongsian antara Kumpulan Qantas, Japan Airlines, Mitsubishi Corporation dan Century Tokyo Leasing Corporation.
  • Jetstar Hong Kong, iaitu perkongsian antara Shun Tak Holdings, China Eastern Airlines dan Kumpulan Qantas (tertakluk kepada kelulusan badan pengawal atur).

Kumpulan Jetstar telah membawa bilangan penumpang yang melebihi 140 juta orang sejak dilancarkan pada tahun 2004. Pada tahun kewangan yang berakhir pada bulan Jun 2014, Kumpulan Jetstar telah membawa lebih daripada 20 juta pelanggan.

Keanggotaan kakitangan Kumpulan Jetstar telah berkembang daripada kira-kira 400 orang pada tahun 2004 kepada kira-kira 7,000 di seluruh Asia Pasifik hari ini.

Kumpulan Jetstar diketuai Puan Jayne Hrdlicka selalu Ketua Pegawai Eksekutif. Para CEO syarikat-syarikat penerbangan Jetstar ialah: David Hall (Jetstar Australia dan New Zealand), BarathanPasupathi (Jetstar Asia), Miyuki Suzuki (Jetstar Japan), Le Hong Ha (Jetstar Pacific) dan Edward Lau (Jetstar Hong Kong).

Tutup
loading