This is our website for:

Kanak-kanak yang menaiki penerbangan berseorangan

Penumpang mestilah mampu menaiki penerbangan Jetstar secara berdikari. Kami tidak dilengkapi sistem, kakitangan atau kemudahan untuk membantu dan menjaga kanak-kanak yang menaiki penerbangan bersendirian. Jika anak anda perlu dijaga, dia tidak dibenarkan menaiki penerbangan Jetstar bersendirian kerana dia boleh membahayakan diri sendiri ataupun diri orang lain.

Semua penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar (JQ) dan penerbangan Jetstar Asia (3K) ke/dari dan di dalam sempadan Australia dan New Zealand

Kanak-kanak yang sudah mencapai peringkat persekolahan menengah dianggap mampu menaiki penerbangan secara berdikari.

Kanak-kanak itu perlu membuktikan bahawa dia sedang menghadiri sekolah menengah ATAU bahawa usianya melebihi 12 tahun. Bukti umur penumpang yang berusia 12 tahun ke atas boleh diterima kerana di Australia dan New Zealand, kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas secara amnya diwajibkan menghadiri sekolah menengah.

Salah satu bentuk pengenalan yang berikut mestilah dikemukakan semasa mendaftar masuk:

  • Bagi penumpang yang berusia 12 tahun ke atas, bukti umur seperti pasport atau sijil kelahiran
  • Kad pengenalan sekolah menengah (yang lepas atau yang sudah tamat tempohnya juga diterima)
  • Surat daripada pihak sekolah menengah pada kepala surat sekolah yang menyatakan tahunnya dan mengesahkan kehadiran atau pendaftaran penumpang yang berkenaan di sekolah itu (pendaftaran ke dalam sekolah menengah pada tahun yang akan datang selepas tamat sekolah rendah juga diterima)

Kanak-kanak yang belum mencapai peringkat persekolahan menengah akan dianggap sebagai tidak mampu menaiki penerbangan bersendirian dan mesti diiringi Penumpang Iringan yang dibenarkan. Walaupun anak anda sedang menghadiri sekolah menengah, namun sebelum anda menempah penerbangan Jetstar untuknya, fikirkan dahulu sama ada dia cukup berdikari untuk menaiki penerbangan tanpa diiringi dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jetstar. Jika dia tidak mampu menaiki penerbangan secara berdikari, kami tidak dapat membawanya tanpa pengiring.

Penerbangan Jetstar Asia (3K) yang lain

Bagi penerbangan Di Dalam Asia yang dikendalikan oleh Jetstar Asia (3K), penumpang yang belum mencapai usia 12 tahun mestilah diiringi penumpang lain yang berusia 15 tahun atau lebih pada tarikh penerbangan. Penumpang yang berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menaiki penerbangan secara berdikari.

Penerbangan Jetstar Pacific (BL)

Bagi penerbangan Domestik atau Antarabangsa yang dikendalikan oleh Jetstar Pacific (BL), kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan menaiki penerbangan kecuali diiringi Penumpang Iringan yang dibenarkan.

Ibu bapa atau penjaga kepada penumpang yang berusia antara 12 hingga 14 tahun mesti mengisi dan menandatangani perakuan semasa mendaftar masuk sebelum kanak-kanak pada usia ini dibenarkan menaiki penerbangan tanpa pengiring.

Penerbangan Jetstar Japan (GK)

Bagi penerbangan Domestik atau Antarabangsa yang dikendalikan oleh Jetstar Japan (GK), kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan menaiki penerbangan kecuali diiringi Penumpang Iringan yang dibenarkan. Penumpang yang berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menaiki penerbangan secara berdikari.

Pengenalan Yang Boleh Diterima Perlu Dikemukakan

Bentuk pengenalan yang boleh diterima untuk mengesahkan umur kanak-kanak ialah:

  • Pasport
  • Sijil kelahiran
Tutup
loading