Di Jetstar, kami sukacita mengalu-alukan pelancong muda. Oleh kerana kami mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan mereka dan di antara banyak-banyak penumpang kami, kami mempunyai keperluan penting untuk kanak-kanak yang melancong bersendirian. Kami tidak dapat memberikan pengawasan atau bantuan kerana kami tidak mempunyai sistem, kakitangan atau kemudahan untuk berbuat demikian.

Sila ambil perhatian tentang perkara-perkara di bawah untuk memastikan anak anda boleh menaiki penerbangan kami berseorangan. Jika anak anda tidak dapat memenuhi keperluan ini, mereka perlu menaiki penerbangan dengan Penumpang Pengiring.

Jetstar menganggap bahawa Penumpang Pengiring untuk kanak-kanak mestilah berumur sekurang-kurangnya 15 tahun. Seorang Penumpang Pengiring boleh membantu sehingga maksimum empat orang penumpang yang tidak memenuhi keperluan pengembara bebas Jetstar.

Semua penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar (JQ) dan penerbangan Jetstar Asia (3K) ke/dari dan dalam Australia dan New Zealand

Kanak-kanak yang sedang mendaftar atau bersekolah di sekolah menengah mungkin dapat mengembara berseorangan. Mereka juga harus dapat memenuhi keperluan pengembara bebas supaya boleh mengembara berseorangan.

Kanak-kanak perlu membuktikan bahawa mereka sedang mendaftar atau bersekolah di sekolah menengah ATAU bahawa mereka adalah berumur lebih daripada 12 tahun. Bukti umur untuk penumpang berumur 12 tahun dan ke atas boleh diterima kerana di Australia dan New Zealand, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas pada umumnya perlu mendaftar di sekolah menengah.

Salah satu dokumen pengenalan berikut mesti ditunjukkan semasa mendaftar masuk:

  • Untuk penumpang berumur 12 tahun dan ke atas, bukti umur adalah seperti pasport atau sijil kelahiran
  • Kad ID sekolah dari sekolah menengah (boleh dari tahun sebelumnya dan mungkin tamat tempoh)
  • Surat dari sekolah menengah dengan kepala surat sekolah menyatakan tahun dan mengesahkan kehadiran semasa atau kemasukan ke sekolah menengah sekarang (termasuk kemasukan ke sekolah menengah bagi tahun akan datang selepas tamat pengajian dari sekolah rendah)

Kanak-kanak yang masih belum mendaftar atau bersekolah di sekolah menengah akan dianggap sebagai tidak dapat mengembara berseorangan dan mesti diiringi bersama Penumpang Pengiring yang sesuai. Walaupun anak anda bersekolah di sekolah menengah dan sebelum anda menempah penerbangan Jetstar mereka, sila pertimbangkan sama ada mereka cukup bersedia untuk mengembara berseorangan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jetstar. Jika mereka tidak dapat mengembara secara bersendirian, kami tidak dapat membawa mereka berseorangan.

Penerbangan Jetstar Asia (3K) yang lain

Untuk penerbangan dalam Asia yang dikendalikan oleh Jetstar Asia (3K), penumpang yang berumur 12 tahun ke bawah mesti ditemani oleh seorang penumpang yang berumur 15 tahun atau lebih tua pada masa perjalanan. Penumpang yang berumur 12 tahun ke atas boleh mengembara berseorangan.

Penerbangan Jetstar Pasifik (BL)

Untuk sebarang Penerbangan Dalam Negeri atau Antarabangsa yang dikendalikan oleh Jetstar Pasifik (BL), kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun tidak layak untuk mengembara kecuali ditemani oleh Penumpang Pengiring yang sesuai.

Ibu bapa atau penjaga kepada penumpang yang berumur di antara 12 dan 14 tahun mesti melengkapkan dan menandatangani pengakuan semasa mendaftar masuk sebelum kanak-kanak itu boleh mengembara berseorangan.

Penerbangan Jetstar Jepun (GK)

Untuk sebarang Penerbangan Dalam Negeri Jepun yang dikendalikan oleh Jetstar Jepun (GK), penumpang yang berumur 2-11 tahun tidak layak untuk mengembara kecuali ditemani oleh Penumpang Pengiring bersesuaian yang berumur 12 tahun atau lebih tua. Penumpang yang berumur 12 tahun ke atas boleh mengembara berseorangan. Bayi mesti ditemani oleh seorang penumpang yang berumur 15 tahun atau lebih tua, atau ibu bapa/penjaga.

Untuk sebarang Penerbangan Antarabangsa yang dikendalikan oleh Jetstar Jepun (GK), penumpang yang berumur 12 tahun ke bawah tidak layak untuk mengembara kecuali ditemani oleh Penumpang Pengiring bersesuaian yang berumur 15 tahun atau lebih tua. Penumpang yang berumur 12 tahun ke atas boleh mengembara berseorangan.

Pengenalan yang diterima diperlukan

Dokumen pengenalan yang diterima untuk mengesahkan umur kanak-kanak ialah:

  • Pasport
  • Sijil kelahiran

Semua penumpang adalah bertanggungjawab untuk memastikan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang berkenaan yang diperlukan untuk memasuki sesebuah negara yang mereka lawati.