Cara terbaik untuk menempah penerbangan dengan Jetstar adalah melalui laman web ini, di mana anda akan menemui tambang rendah kami yang terkenal, ditambah dengan jualan tambang dan tawaran istimewa. Apabila anda menempah di sini, anda dapat mengelak bayaran tempahan luar talian. Bayaran Tempahan dan Perkhidmatan mungkin dikenakan.

Anda juga boleh menempah penerbangan melalui aplikasi mudah alih Jetstar, yang boleh didapati untuk iPhone dan Android.

Sebagai alternatifnya, anda boleh menempah penerbangan anda melalui telefon di Hubungi kami - Tempahan Baru (caj dikenakan).

Buat tempahan anda sekarang!

Apabila anda menempah dalam talian, pastikan anda mencetak jadual perjalanan anda dan menyediakan apa-apa yang berkaitan seperti pasport, visa dan dokumen perjalanan lain yang anda perlukan. Ingat, ia adalah tanggungjawab anda untuk menyediakan segala-galanya yang anda perlukan untuk mendaftar masuk di lapangan terbang.