Pemindahan
bagasi



Anda mesti mengambil maklum tentang penerbangan sambungan yang ada pada itinerari anda. Beberapa penerbangan Jetstar bersambung di lapangan terbang persinggahan. Penerbangan sambung begini akan terpapar pada itinerari.

Harap maklum bahawa Jetstar tidak akan memindahkan bagasi daripada penerbangan domestik kepada domestik, antarabangsa kepada domestik, ataupun domestik kepada antarabangsa. (Ada beberapa kekecualian – lihat di bawa ini.)

Jika anda berpindah antara penerbangan domestik ataupun antara penerbangan antarabangsa dengan domestik, selalunya anda perlu mengambil bagasi anda, mendaftar masuk sekali lagi dan memindahkan bagasi anda.

Kakitangan daftar masuk kami akan memberitahu anda sama ada bagasi anda akan dipindahkan. Anda mungkin tetap perlu mendaftar masuk di lapangan terbang sambungan untuk mendapatkan pas masuk pesawat yang seterusnya. Anda yang bertanggungjawab memastikan anda sempat membuat sambungan itu.

Jetstar akan memindahkan bagasi anda antara:

  • Penerbangan sambungan antarabangsa Jetstar dan penerbangan sambungan antarabangsa dengan syarikat penerbangan rakan kami, jika kedua-dua penerbangan antarabangsa dibeli melalui tempahan yang sama
  • Penerbangan domestik Jepun yang bersambung dengan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan oleh American Airlines, Delta Air Lines, Japan Airlines dan Qantas, jika kedua-dua penerbangan dibeli melalui tempahan yang sama

Syarikat penerbangan rakan Jetstar

American Airlines (AA)
Air Calin (SB)
Air Canada (AC)
Air France (AF)
Air India (AI)
Air Niugini (PX)
Air Pacific (FJ)
Air Tahiti Nui (TN)
Air Vanuatu (NF)
British Airways (BA)
Cathay Pacific (CX)
China Eastern (MU)
China Southern (CZ)
Dragon Air (KA)
Delta Air Lines (DL)
EL AL    (LY)
Emirates (EK)
Ethiopian Airlines (ET)
Etihad (EY)
Finnair (AY)
Japan Airlines (JL)
Jet Airways (9W)
KLM (KL)
LAN Argentina (4M)
LAN  Chile (LA)
LAN Ecuador (XL)
LAN Peru (LP)
LAO Airlines (QV)
Lufthansa (LH)
Malaysian Airlines (MH)
Qantas (QF)
Qatar Airways (QR)
Royal Jordanian (RJ)
Shanghai Airlines (FM)
SriLankan (UL)
Swiss (LX)
TAM (JJ)
Turkish Airlines (TK)
United (UA)
Vietnam Airlines (UA)

Tutup
loading