This is our website for:

Bagasi

Jika anda perlu membawa bagasi selain bagasi tangan, dengan sedikit bayaran anda boleh menambah dan menyesuaikan jumlah bagasi daftar masuk yang anda perlukan apabila anda membuat tempahan. Malah anda juga boleh memilih jumlah bagasi daftar masuk bagi setiap penumpang serta menetapkan jumlah bagasi yang berlainan bagi setiap penerbangan. Ini bererti anda hanya perlu membeli peruntukan bagasi yang anda perlukan sahaja.

Bagasi didaftar masuk

Bayaran bagi bagasi berlebihan selepas menempah

Untuk membawa bagasi berdaftar, semua penumpang Economy Starter dan Starter Plus mesti membeli peruntukan bagasi. Anda boleh membeli peruntukan bagasi sebanyak 15kg, 20kg, 25kg, 30kg, 35kg atau 40kg. Berat bagasi diperuntukkan bagi setiap penumpang di dalam setiap penerbangan.

Penumpang Starter Max diberi peruntukan bagasi berdaftar sebanyak 20kg dan boleh membeli sehingga 20kg lagi.

Penumpang Business dan Business Max diberi peruntukan bagasi berdaftar sebanyak 30kg dan boleh membeli sehingga 10kg lagi.

Peruntukan bagasi anda dikira sebagai berat gabungan dan bukannya sebagai bilangan beg. Selagi gabungan berat semua beg anda tidak melebihi peruntukan, anda boleh membawa seberapa banyak beg yang anda suka. Berat mana-mana satu beg tidak boleh melebihi 32kg.

Bayaran bagi bagasi berlebihan selepas menempah

Cara termurah membeli peruntukan bagasi daftar masuk adalah pada waktu menempah. Jika anda perlu menambah bagasi setelah anda membuat tempahan, ini boleh dilakukan dengan bayaran yang lebih tinggi melalui My Jetstar dalam talian ataupun dengan menelefon Reservasi Jetstar.

Bayaran bagi bagasi berlebihan di lapangan terbang

Jika anda membeli tambang Pemula Ekonomi (termasuklah berkas Plus dan Max) dan anda tidak membeli peruntukan bagasi daftar masuk tetapi anda hendak mendaftar masuk beg, anda perlu menaikkan taraf kepada 15kg di lapangan terbang. Bayaran yang berikut akan dikenakan bagi peruntukan bagasi daftar masuk sebanyak 15kg bagi setiap penumpang. Harap maklum bahawa bayaran bagi setiap kilogram selanjutnya akan dikenakan bagi bagasi yang melebihi 15kg dan kami tidak dapat menjamin bahawa ada ruang yang mencukupi untuk membawa bagasi tambahan dalam penerbangan anda.

 

Port

AUD

NZD

USD

SGD

VND

THB

 TWD

MYR

 HKD

JPY

Domestik Australia dan New Zealand

$70

$70

 

 

 

 

 

 

 

 

Domestik Vietnam

 

 

$18

 

 360,000

 

 

 

 

 

Domestik Japan

2570

Intra Asia

 

 

$40

$60

725,000

1400

1400

140

320

4000

Antarabangsa ke/dari Australia

$160

$160

$160

$160

 

4000

4800

480

1120

16000

Semua bayaran merangkumi GST/VAT

Bayaran akan dikenakan dalam mata wang tempatan bagi lokasi lapangan terbang yang berkenaan.

Jika anda ada tambang sambung penerbangan yang merangkumi satu penerbangan domestik dan satu penerbangan antarabangsa, anda akan dikenakan kadar bagasi berlebihan antarabangsa bagi tempat anda berlepas bagi setiap kilogram yang melebihi peruntukan bagasi daftar masuk yang telah ditetapkan bagi seluruh perjalanan anda.

Jika anda sudah pun membeli bagasi daftar masuk atau jika tambang anda merangkumi bagasi daftar masuk, anda akan dikenakan bayaran bagi setiap kilogram bagasi daftar masuk yang melebihi peruntukan anda.

Bayaran yang dikenakan bergantung pada tempat anda berlepas.

  • Australia
    $15 AUD per kg
  • New Zealand
    $15 NZD per kg
  • Vietnam
    $2.50 USD per kg
  • Vietnam
    45,000 VND per kg
  • Japan
    770 JPY per kg

Semua bayaran merangkumi GST/VAT

Bayaran akan dikenakan dalam mata wang tempatan bagi lokasi lapangan terbang yang berkenaan.

  • Singapore
    $20 SGD per kg
  • Thailand
    600 THB per kg
  • Indonesia
    $15 USD per kg
  • Malaysia
    50 MYR per kg

Semua bayaran merangkumi GST/VAT

Bayaran akan dikenakan dalam mata wang tempatan bagi lokasi lapangan terbang yang berkenaan.

  • Singapore
    $25 SGD per kg
  • New Zealand
    $25 NZD per kg
  • Australia
    $25 AUD per kg
  • Japan
    1,500 Yen per kg

Semua bayaran merangkumi GST/VAT

Bayaran akan dikenakan dalam mata wang tempatan bagi lokasi lapangan terbang yang berkenaan.


 Semua bayaran merangkumi GST/VAT

Bayaran akan dikenakan dalam mata wang tempatan bagi lokasi lapangan terbang yang berkenaan.

Jika anda ada tambang sambung penerbangan yang merangkumi satu penerbangan domestik dan satu penerbangan antarabangsa, anda akan dikenakan kadar bagasi berlebihan antarabangsa bagi tempat anda berlepas bagi setiap kilogram yang melebihi peruntukan bagasi daftar masuk yang telah ditetapkan bagi seluruh perjalanan anda.

Peraturan bagasi didaftar masuk

  • Pastikan semua bagasi dipek dengan baik sebelum didaftar masuk.
  • Berat setiap item mestilah kurang daripada 32kg dan tertakluk kepada keperluan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan batasan pesawat.
  • Penumpang yang mempunyai barangan besar, bagasi melebihi had atau keperluan bantuan khusus hendaklah tiba di lapangan terbang sebaik sahaja kaunter daftar masuk untuk penerbangan anda dibuka.
  • Bagi penumpang yang membawa bayi, Jetstar membawa aksesori seperti kereta tolak bayi dan katil budak boleh alih, yang tidak dikira sebagai sebahagian daripada peruntukan bagasi anda.
  • Jetstar boleh menolak untuk membawa sebarang bagasi yang tidak mematuhi dasar Jetstar.
  • Bagi penumpang yang menggunakan kerusi roda, Jetstar membenarkan anda mendaftar masuk kerusi roda atau alat bantu bergerak yang anda perlukan, secara percuma, sebagai tambahan kepada bagasi didaftar masuk anda, dengan syarat:
    • Setiap satu item tidak melebihi 32kg, kecuali alat bantu bergerak yang boleh bergerak dalam kedudukan tegak pada mod roda bebas (contoh, kerusi roda elektrik);
    • Item yang melebihi 32kg yang tidak boleh bergerak dalam kedudukan tegak pada mod roda bebas mesti dibawa sebagai muatan pada kadar muatan biasa;
    • Peralatan itu mestilah untuk kegunaan anda sendiri dan mematuhi ukuran kerusi roda pesawat JetStar; dan
    • Hanya satu alat bantu bergerak bermotor/elektrik boleh didaftar masuk sebagai sebahagian daripada peruntukan ini.

ITEM YANG TIDAK BOLEH DISERTAKAN DI DALAM BAGASI DAFTAR MASUK

Fragile items, computers, money, valuable documents, business documents, electronics, passports and precious metals and stones.

Barang-barang ini boleh rosak jika disertakan dengan Bagasi Daftar Masuk anda dan Jetstar akan menggunakan segala bentuk pembelaan terhadap apa-apa tuntutan bagi kerosakan, kehilangan atau kemusnahan, seandainya perkara ini berlaku.

PEMINDAHAN BAGASI UNTUK PENERBANGAN SAMBUNG

Melainkan diberitahu sebaliknya, JetStar tidak menyediakan sambungan penerbangan, pemindahan bagasi atau daftar masuk untuk penerbangan berbilang. Jika itinerari anda terdiri daripada lebih daripada satu penerbangan, anda bertanggungjawab, sewaktu membuat tempahan, memastikan terdapat selang masa yang mencukupi antara ketibaan penerbangan pertama dan perlepasan penerbangan berikutnya.

Jetstar ada menyediakan sambungan bagasi secara terhad bagi penerbangan terpilih, yang mana sambungan tersebut adalah dalam lingkungan Masa Sambungan Dicadangkan. Sila lihat halaman Sambungan Penerbangan untuk maklumat lanjut.

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

Kapasiti pengangkutan antarabangsa Jetstar diuruskan oleh Qantas Freight. Hubungi Qantas Freight di www.qantasfreight.com

Kapasiti pengangkutan domestik Australia Jetstar diuruskan oleh Australian air Express. Hubungi Australian air Express di www.aae.com.au

HAIWAN PELIHARAAN

Memandangkan kami tidak mempunyai tempat simpan bagasi bertekanan, kami tidak dapat menerima tempahan untuk haiwan peliharaan bagi mana-mana pesawat kami.

Tutup
loading