This is our website for:

Membuat tempahan
dengan Jetstar

Cara terbaik untuk menempah penerbangan Jetstar adalah secara dalam talian, di sini di Jetstar.com. Di sinilah tempatnya di mana anda akan temui tambang rendah kami yang menakjubkan, setiap hari, beberapa tambang jualan murah yang luar biasa serta elakkan sebarang yuran tempahan luar talian.

Di bahagian ini, kami akan memberitahu anda segala-galanya yang perlu anda ketahui tentang cara untuk membuat tempahan dalam talian, cara membuat perubahan kepada tempahan anda dan cara untuk membuat tempahan berkumpulan. Jika anda lebih gemar untuk bercakap dengan seseorang tentang tempahan anda, sudah tentu anda boleh menelefon Pusat Tempahan kami yang mesra, pada bila-bila masa.

Buat tempahan

Anda boleh mencari penerbangan dan buat tempahan dengan Jetstar dengan mengikuti beberapa langkah mudah berikut:

1. Cari

Di dalam petak carian bernama ‘TEMPAH PENERBANGAN’ di sebelah kiri halaman, pilih sama ada penerbangan sehala atau pergi balik, masukkan tempat asal, destinasi perjalanan dan tarikh perjalanan yang diutamakan juga bilangan orang dewasa serta kanak-kanak yang akan melakukan perjalanan.

2. Pilih penerbangan

Semua tambang yang boleh didapati pada tarikh perjalanan yang dinyatakan akan dipaparkan. Anda juga boleh melihat penerbangan yang tersedia pada hari sebelum dan hari selepasnya.

Sekiranya anda ingin menambah bagasi atau lebih banyak pilihan kepada tambang anda, klik pada harga yang anda gemari dan pilihan akan dipaparkan. Di sini anda boleh menambah bagasi bagi setiap penumpang pada tempahan.

Klik pada peraturan tambang di bawah setiap jenis tambang sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat tentang tambang anda dan untuk memeriksa item terangkum dalam tambang anda.

Sebaik sahaja anda selesai memilih penerbangan anda, RINGKASAN TEMPAHAN akan dipaparkan di sebelah kanan halaman. Baca ini dahulu bagi memastikan semua butiran betul. Sekiranya anda perlu membuat perubahan, pilih sahaja penerbangan yang lain.

Sekiranya anda berpuas hati dengan butiran penerbangan anda, tandakan ringkasan tempahan di bahagian bawah halaman kemudian pilih TERUSKAN untuk meneruskan proses penempahan.

3. Penumpang

Anda perlu memasukkan butiran semua penumpang yang akan menyertai anda dalam penerbangan yang anda pilih. Namanya mestilah betul-betul sama dengan nama yang tertera di dalam pasport penumpang (diperlukan untuk perjalanan antarabangsa) atau ID lain yang boleh diterima.

Anda juga perlu mengisikan semua butiran hubungan anda. Anda boleh memilih untuk menyimpan butiran anda untuk digunakan pada masa akan datang. Sign up for JetMail and JetTXT will be pre-selected. JetMail will deliver our latest flight sales straight to your inbox and JetTXT allows you to receive SMS alerts on the status of your flight. If you don’t wish to be signed up for these services, click on the check box to remove the tick.

Pilih TERUSKAN di bahagian bawah halaman untuk meneruskan membuat tempahan.

4. Pemilihan tempat duduk

Anda akan diberikan pilihan untuk memilih tempat duduk yang anda gemari, termasuk tempat duduk di hadapan dan ruang kaki lebih luas. Depending on your fare, a small charge may be added onto the cost of your booking. Pilih TETAPKAN & TERUSKAN untuk mengemas kini tempahan anda.

Sekiranya anda tidak mahu memilih tempat duduk, pilih LANGKAU PEMILIHAN TEMPAT DUDUK di bahagian bawah halaman.

5. Bayaran

Anda perlu memilih sama ada anda memerlukan bantuan khusus atau insurans perjalanan. There are also a number of optional extras available, such as Carbon Offset and Auto Web Check-in, depending on your flight. Caj mungkin dikenakan dan akan dimasukkan sekali ke dalam kos tempahan anda.

Di bahagian bawah halaman, pilih kaedah pembayaran daripada pilihan Kad, Baucar, Perbankan Internet (POLI) atau Deposit Langsung.

6. Pengesahan

Sebaik sahaja bayaran anda selesai diproses, anda akan menerima mesej pengesahan atas skrin yang mengandungi nombor Rujukan Tempahan anda di sebelah kiri atas halaman. Kami menyarankan agar anda mencetak halaman pengesahan ini.

Jetstar merupakan syarikat penerbangan tanpa tiket; namun, Itinerari dan Invois Cukai akan dihantar kepada anda melalui e-mel, sebaik sahaja bayaran anda disahkan. Sekiranya anda merancang untuk daftar masuk di kaunter Jetstar di lapangan terbang, cetak Itinerari untuk ditunjukkan kepada wakil Jetstar. Anda juga perlu membawa pengenalan diri yang betul. Untuk sesetengah destinasi antarabangsa, anda mungkin perlu menunjukkan bukti perjalanan seterusnya atau perjalanan pulang, oleh itu bawa semua butiran itinerari bersama anda. Sila lihat daftar masuk antarabangsa kami untuk butiran lengkap.

Sekiranya anda tidak menerima Resit Itinerari dalam masa 24 jam sila hubungi Tempahan Jetstar.

Tutup
loading