This is our website for:

Dalam Asia

Daftar masuk ke dalam penerbangan intra Asia di lapangan terbang. Terminal berlepas dan waktu daftar masuk berbeza-beza. Oleh itu, anda mesti tahu di mana dan bila anda harus berada di lapangan terbang. Semak itinerari anda untuk mengetahuinya. Anda mesti membawa dokumen pengenalan dan mungkin perlu menyediakan dokumen-dokumen perjalanan yang lain juga.

Supaya kami berjaya membawa anda ke destinasi anda tepat pada waktunya, penerbangan anda mestilah berlepas mengikut jadual. Anda mesti mendaftar masuk, menyerahkan bagasi berdaftar jika ada, dan berada di pintu naik pesawat di dalam rangka masa yang berikut sebelum waktu berlepas yang dijadualkan:

Penerbangan antarabangsa Jetstar (JQ) dengan pesawat A330 dan 787**

Penerbangan antarabangsa Jetstar (JQ) dengan pesawat A320 dan A321

 

Penerbangan antarabangsa Jetstar Asia (3K), Jetstar Pacific (BL)

 

Setelah daftar masuk dibuka, perubahan selanjutnya tidak boleh dibuat oleh penumpang yang membeli Starter Fare ataupun Starter Fare berserta Plus Bundle.
Rujuklah kepada itinerari penerbangan, e-mel sebelum berlepas atau Jetstar.com untuk mengetahui jenis pesawat yang digunakan.

Tolong jangan datang lewat. Kami tidak dapat menunggu.

Daftar masuk dan beradalah di pintu naik pesawat dalam rangka masa yang ditetapkan. Jika tidak, anda tidak akan dibenarkan menaiki pesawat dan anda mungkin kerugian seluruh tambang anda. Pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang mungkin memakan masa. Anda bertanggungjawab berada di pintu naik pesawat pada waktu yang ditetapkan.

Dokumen perjalanan

Semua penumpang yang menaiki penerbangan intra Asia, termasuklah kanak-kanak dan bayi, perlu menunjukkan pasport semasa mendaftar masuk. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda ada segala dokumen perjalanan yang diperlukan.

Bagi sesetengah perjalanan, anda perlu mengatur dokumentasi tambahan seperti visa, bukti perjalanan seterusnya atau butir-butir perhubungan. Pasport anda juga mungkin perlu sah laku selama tempoh yang ditetapkan.

Ketahui dokumen apa yang akan anda perlukan di ruangan pasport dan visa.

Mendaftar masuk di kaunter lapangan terbang

Jika anda mendaftar masuk sebelum waktu tutup di lapangan terbang, anda dapat membantu kami pastikan penerbangan anda berlepas mengikut jadual. Waktu daftar masuk berbeza-beza, bergantung pada jenis pesawat yang akan anda naiki. Dapatkan waktu daftar masuk anda pada itinerari anda, di dalam e-mel yang anda terima sebelum anda berlepas, atau di ruangan uruskan tempahan.

Jetstar Asia (3K), Jetstar Pacific (BL) menaiki pesawat A320/A321

Daftar masuk dibuka dua jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Daftar masuk ditutup tepat-tepat 45 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Setelah anda daftar masuk, anda perlu berada di pintu naik pesawat sekurang-kurangnya 40 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Penerbangan Jetstar (JQ) dengan pesawat A320/A321

Daftar masuk dibuka tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Daftar masuk ditutup tepat-tepat 45 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Setelah anda daftar masuk, anda perlu berada di pintu naik pesawat sekurang-kurangnya 40 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Bagi penerbangan Jetstar (JQ), pintu naik pesawat ditutup 15 minit sebelum waktu berlepas.

Penerbangan Jetstar (JQ) dengan pesawat A330/787

Daftar masuk dibuka tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Daftar masuk ditutup tepat-tepat 60 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.  Setelah anda daftar masuk, anda perlu berada di pintu naik pesawat sekurang-kurangnya 40 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan. Bagi penerbangan Jetstar (JQ), pintu naik pesawat ditutup 15 minit sebelum waktu berlepas. 


Jetstar Terus Ke Pintu

Straight to Gate membenarkan para penumpang yang menaiki penerbangan antarabangsa Jetstar Asia (3K) dan Jetstar Australia (JQ) yang tertentu mendaftar masuk dalam talian di jetstar.com dari rumah atau pejabat, kemudian terus pergi ke pintu masuk pesawat setibanya di lapangan terbang. Hanya khas untuk penumpang membawa bagasi kabin sahaja dan tanpa visa atau syarat penyertaan yang lain. Anda boleh memilih tempat duduk anda dan hanya muat turun dan mencetakan Straight to Gate keberangkatan pas anda dan menuju langsung ke immigrasi untuk pengalaman lebih cepat melalui lapangan terbang.

boarding-pass

Penumpang dengan visa / syarat penyertaan yang lain dan bagasi kabin sahaja

Bagi Penumpang Jetstar Asia (3K):

Penumpang dengan bagasi kabin sahaja, yang memerlukan visa atau syarat penyertaan yang lain, boleh mengunakan service daftar masuk web bagaimanapun harus menuju ke meja pemeriksaan dokumen Jetstar di dewan daftar masuk untuk pengesahan dokumen dan visa yang cepat. Sila ambil perhatian untuk pemeriksaan dokumen harus diselesaikan dari penerbangan tarikh akhir daftar masuk.

Bagi Penumpang Jetstar Australia (JQ):

Penumpang yang hanya membawa bagasi tangan, yang memerlukan visa atau dokumen masuk yang lain, tidak akan dapat menggunakan kemudahan daftar masuk dalam talian ini. Sila pergi ke kaunter daftar masuk di lapangan terbang untuk mendaftar masuk.

Penumpang dengan bagasi didaftarkan

Bagi Penumpang Jetstar Asia (3K):

Penumpang dengan bagasi didaftarkan boleh menggunkan servis daftar masuk web untuk memudahkan dan menyenangkan proses bagasi ini. Sila ambil perhatian, bagasi harus didaftarkan harus diselesaikan dari penerbangan tarikh akhir daftar masuk.

Bagi Penumpang Jetstar Australia (JQ):

Penumpang yang membawa bagasi berdaftar tidak akan dapat menggunakan kemudahan daftar masuk dalam talian ini. Sila pergi ke kaunter Jetstar di dewan daftar masuk untuk mendaftar masuk. Harap maklum bahawa anda mesti selesai mendaftar masuk sebelum waktu tutup daftar masuk bagi penerbangan anda.

Straight to Gate disediakan untuk:

Straight to Gate tidak disediakan untuk:

Penerbangan Jetstar Asia (3K) dan Jetstar Australia (JQ) yang disenaraikan di bawah ini, disediakan antara 48 jam hingga 120 minit waktu berlepas yang dijadualkan

Penumpang dengan syarat visa

Individu, atau tempahan kumpulan dengan 7 penumpang atau kurang

Penumpang dengan bagasi didaftar

Penumpang dengan bagasi kabin sahaja

Tempahan yang termasuk bayi atau permintaan perkhidmatan khas (sebagai penumpang meminta batuan kerusi roda, kerusi tambahan dan kecacatan penglihatan)

Penumpang tanpa visa atau syarat penyertaan yang lain

Tempahan perjalanan kakitangan

   

Tempahan dengan jumlah yang tertunggak

   

Semua penerbangan Jetstar Asia (3K) dan Jetstar Australia (JQ) yang tidak dinyatakan di bawah ini

Laluan yang ada untuk Straight to Gate:

Straight to gate hanya ada untuk penerbangan Jetstar Asia dengan penerbangan kod 3K:

  • Kuala Lumpur-Singapura
  • Singapura-Kuala Lumpur
  • Penang-Singapura
  • Singapura-Penang

Terus Ke Pintu disediakan bagi penerbangan Jetstar Australia yang berikut, yang mempunyai kod penerbangan JQ:

  • Melbourne-Phuket

** Beberapa penerbangan di atas Boeing 787 Dreamliner tertakluk kepada kelulusan kerajaan dan pihak berkuasa Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, klik di sini.

Tutup
loading