This is our website for:

Sambungan
Penerbangan

Kecuali jika diberitahu sebaliknya, kami tidak menyediakan sambungan penerbangan, pemindahan bagasi atau daftar masuk untuk berbilang penerbangan. Adalah menjadi tanggungjawab anda semasa membuat tempahan untuk menguntukkan masa yang mencukupi antara masa ketibaan penerbangan pertama dan masa berlepas penerbangan berikutnya.

Pemindahan bagasi

Pemindahan bagasi dan/atau daftar masuk untuk berbilang penerbangan mungkin tersedia apabila ditempah dalam satu itinerari dan jika masa sambungan yang mencukupi diuntukkan. Sambungan ini hanya akan ditawarkan untuk lapangan terbang terpilih dan hanya tersedia bagi sambungan berikut:

Jetstar Antarabangsa

ke dan dari

Jetstar Antarabangsa

Jetstar Antarabangsa

ke dan dari

Qantas Antarabangsa

 

Jetstar Antarabangsa

ke dan dari

Rakan Interline

 

Jetstar Pacific (Vietnam domestik)

ke dan dari

Jetstar Pacific (Vietnam domestik)

Kakitangan kami di kaunter daftar masuk akan memberitahu anda sama ada bagasi anda akan dipindahkan atau tidak. Anda tetap perlu mendaftar masuk di lapangan terbang penghubung bagi mendapatkan pas masuk berikutnya. Tanggungjawab memastikan anda menaiki penerbangan sambungan anda kekal terletak di bahu anda.

Sekiranya anda menempah berbilang penerbangan Jetstar dalam tempahan berasingan atau membuat sambungan ke/dari syarikat penerbangan lain ke Jetstar, kami menyarankan agar anda menguntukkan sekurang-kurangnya 3 jamantara penerbangan itu. Adalah menjadi tanggungjawab anda semasa membuat tempahan untuk menguntukkan masa yang mencukupi antara masa ketibaan penerbangan pertama dan masa berlepas penerbangan berikutnya.

Jika anda mempunyak sektor penerbangan Qantas (QF) dalam itinerari anda dan anda perlu berpindah dari satu terminal ke terminal lain di Lapangan Terbang Sydney, anda boleh menaiki bas ulang-alik Qantas secara percuma.

Rakan Interline

Kami gembira untuk menawarkan sambungan bagasi dengan penerbangan Qantas dan rakan interline terpilih. Jika penerbangan sambungan anda dalam satu tiket yang sama, kami menawarkan sambungan bagasi antara perkhidmatan antarabangsa dengan rakan syarikat penerbangan berikut:

Rakan syarikat penerbangan

Kod Syarikat Penerbangan

Rakan Interline Jetstar*

American Airlines

AA

JQ

Air Calin

SB

JQ, GK

Air Canada

AC

JQ

Air France

AF

JQ, 3K, VF, BL, GK

Air Niugini

PX

JQ

Air Pacific

FJ 

JQ

Air Tahiti Nui

TN

JQ

British Airways

BA

JQ, 3K, VF, BL, GK

Cathay Pacific

CX

JQ, BL

China Eastern

MU

JQ, 3K, VF, BL, GK

China Southern

CZ

JQ, 3K, VF, BL, GK

Dragon Air

KA

JQ, BL

Delta

DL

GK

EL AL

LY

JQ, 3K

Emirates

EK

JQ, 3K, VF, BL, GK

Etihad

EY

JQ

Finnair

AY

JQ, 3K, VF, BL, GK

Japan Airlines

JL

JQ, 3K, VF, BL, GK

Jet Airways

9W

JQ, 3K, VF, BL

KLM

KL

JQ, 3K, VF, BL, GK

LAN Argentina

4M

JQ

LAN  Chile

LA

JQ

LAN Ecuador

XL

JQ

LAN Peru

LP

JQ

LAO Airlines

 

JQ, 3K, VF

Lufthansa

LH

JQ, 3K, VF, BL

Malaysian

MH

3K

Qantas

QF

JQ, 3K, VF, GK

Qatar Airways

QR

JQ

Royal Jordanian

RJ

JQ

Shanghai Airlines

FM

JQ, 3K, VF, BL, GK

SWISS

LX

JQ, 3K, VF

Turkish

TK

JQ, 3K, VF, BL, GK

United

UA

JQ

* Kod pesawat Kumpulan Jetstar:       

JQ = Jetstar Airways
3K = Jetstar Asia
VF = Valuair
BL = Jetstar Pacific
GK = Jetstar Japan

Pesawat yang mengendalikan penerbangan anda harus disenaraikan di bawah butiran penerbangan anda apabila anda membuat tempahan dan di dalam itinerari anda.

Tutup
loading