This is our website for:

Kesihatan semasa penerbangan

Oleh sebab kesihatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami, sekiranya kami tidak benar-benar yakin bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan udara, kami mungkin tidak akan membenarkan anda menaiki pesawat.

Sebelum anda membuat tempahan sila beritahu kami sekiranya anda sakit, menghidap sebarang penyakit atau masalah lain, yang mungkin membuatkan anda atau penumpang lain tidak selamat sekiranya anda menaiki pesawat.

Kelulusan perubatan

Pada amnya, kebanyakan penyakit tidak seharusnya menghalang anda menaiki penerbangan, tetapi sesetengah penyakit atau ketidakupayaan memerlukan kelulusan perubatan sebelum tempahan anda boleh disahkan.

Kami nasihatkan anda membaca dahulu Garis Panduan Kelulusan Perjalanan untuk menentukan sama ada anda akan dihalang menaiki penerbangan atau memerlukan kelulusan, serta cara mendapatkan kelulusan itu.

  • Bagi penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar (JQ), rujuklah Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar.
  • Bagi penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar Asia (3K) atau Valuair (VF), rujuklah Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar Asia/Valuair.
  • Bagi penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar Japan (GK), rujuklah Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar Japan.
  • Harap maklum: Penumpang yang memerlukan kelulusan perubatan tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan Jetstar Pacific (BL)

     

    Penderita alahan akut

    Malangnya Jetstar tidak dapat menjamin persekitaran bebas alahan di dalam pesawat kami. Terutamanya, kami tidak dapat menyediakan penerbangan bebas kacang, kerana mustahil bagi kami untuk menghalang pelanggan lain daripada membawa kacang atau snek kekacang mereka sendiri ke dalam pesawat.

    Krew Kabin Jetstar tidak dilatih untuk memberikan adrenalin atau sebarang ubat lain .Sila pekkan bekalan perubatan yang anda perlukan untuk perjalanan anda di dalam bagasi bawa tangan.

    Penyakit berjangkit dan mudah berjangkit

    Sekiranya anda menghidap penyakit berjangkit atau boleh dipindahkan, kami tidak dapat membenarkan anda menaiki pesawat kami sehingga tiada lagi risiko kepada penumpang lain.

    Trombosis vena dalam (DVT)

    Beberapa kajian mendapati bahawa kurangnya pergerakan dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada pembentukan gumpalan darah di kaki (DVT - Trombosis Vena Dalam). Sekiranya anda rasa anda mungkin mempunyai risiko DVT atau masalah kesihatan lain, sila berjumpa doktor sebelum memulakan perjalanan.

    Bekalan perubatan untuk perjalanan di dalam bagasi bawa tangan

    Sekiranya anda membawa jarum hipodermis, anda perlu mengisytiharkannya di tempat saringan lapangan terbang dan, jika boleh, tunjukkan dokumentasi atau pengenalan bagi mengesahkan keadaan perubatan anda. Ubat harus mempunyai label pengenalan yang dicetak secara profesional, atau nama pengilang atau label farmaseutikal yang terlekat padanya.

    Kehamilan

    Jika anda hamil dan bercadang hendak terbang, sebaik-baiknya bincangkan rancangan perjalanan anda dengan doktor sebelum anda berlepas, khususnya pada peringkat kehamilan yang lanjut.

    Kami tidak menjamin bahawa perjalanan yang berkenaan itu selamat bagi anda pada bila-bila waktu dalam tempoh kehamilan anda. Anda mestilah mendapatkan nasihat pengamal perubatan yang merawat anda. Tempoh-tempoh yang disebutkan di bawah ini hanyalah syarat minimum kami semata-mata.

    Beberapa negara melarang kemasukan penumpang hamil yang bukan rakyat negara itu. Dapatkan kepastian daripada duta atau konsulat yang berkenaan tentang larangan lain sebelum anda menaiki penerbangan.

    Apakah jenis dokumentasi perubatan yang diperlukan jika saya hamil?

    Jika kehamilan anda tidak dibebani komplikasi dan anda akan menaiki penerbangan Jetstar dalam masa 28 minggu pertama kehamilan, anda tidak perlu membawa apa-apa dokumentasi perubatan.

    Keperluan mandatori selepas minggu ke-28 dalam tempoh kehamilan

    Jika anda sudah melepasi minggu ke-28 kehamilan, anda mesti membawa perakuan atau surat daripada doktor yang berdaftar atau bidan yang berdaftar, bertarikh pada hari yang tidak melebihi 10 hari sebelum menaiki penerbangan, yang mengesahkan:

    • tarikh anda dianggarkan akan bersalin;
    • sama ada anda mengandungkan seorang ataupun beberapa orang bayi;
    • bahawa kehamilan anda tidak dibebani komplikasi

    Perakuan atau surat ini mestilah ditunjukkan apabila diminta dan dibawa bersama anda ke lapangan terbang dan sepanjang perjalanan di dalam bagasi tangan anda.

    Bagaimana kalau saya mengalami komplikasi semasa hamil?

    Anda perlu mendapatkan

    kelulusan perubatan jika kehamilan anda bukan kehamilan biasa atau dibebani komplikasi. Klik di sini untuk mendapatkan borang kelulusan perjalanan.

    Perjalanan Yang Dibenarkan:
    Penerbangan yang bertempoh kurang daripada 4 jam

    • Mengandungkan seorang bayi – boleh menaiki penerbangan sehingga penghujung minggu ke-40 dalam tempoh kehamilan
    • Mengandungkan beberapa orang bayi – boleh menaiki penerbangan sehingga penghujung minggu ke-36 dalam tempoh kehamilan

    Penerbangan yang bertempoh 4 jam atau lebih

    • Mengandungkan seorang bayi – boleh menaiki penerbangan sehingga penghujung minggu ke-36 dalam tempoh kehamilan
    • Mengandungkan beberapa orang bayi – boleh menaiki penerbangan sehingga penghujung minggu ke-32 dalam tempoh kehamilan

    Makluman Khas Untuk Penumpang Jetstar Pacific

    Penumpang yang sudah 36 minggu hamil atau lebih tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan Jetstar Pacific (BL).

    Selepas Bersalin

    Anda perlu mendapatkan

    kelulusan perubatan jika anda menaiki penerbangan dalam tempoh 7 hari selepas tarikh anda bersalin. Bayi tidak dibenarkan menaiki penerbangan dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam selepas dilahirkan dan memerlukan kelulusan perubatan untuk menaiki penerbangan dalam tempoh 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan.

    Tempat Duduk

    Penumpang yang sudah melepasi tempoh kehamilan 28 minggu tidak dibenarkan duduk di tempat duduk baris pintu keluar di atas mana-mana pesawat Jetstar. Pada amnya, seseorang yang sedang melalui trimester ketiga dalam tempoh kehamilannya (iaitu selepas 28 minggu) tidak akan dapat mencapai, membuka, mengangkat dan melempar buka pintu pesawat seberat 15kg jika berlaku kecemasan, khususnya tanpa menanggung risiko mencederakan anak dalam kandungannya dan/ataupun dirinya sendiri.

    Oksigen perjalanan

    Sekiranya anda memerlukan oksigen perjalanan tambahan semasa penerbangan Jetstar anda, sila berikan perhatian pada keperluan berikut.

    *Sila lihat halaman jadual kami jika anda perlu mengesahkan jenis pesawat bagi penerbangan anda. Jika anda menukar butiran penerbangan anda, adalah penting bagi anda untuk menghubungi Tempahan Jetstar sebelum anda memulakan perjalanan.

    Semua penumpang yang memerlukan penggunaan Oksigen Perjalanan mesti melengkapkan Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar sekurang-kurangnya lima hari perniagaan sebelum memulakan perjalanan.

    Jika anda menaiki pesawat A320 atau A321 (penerbangan terpilih Domestik Australia, Domestik New Zealand, Trans-Tasman dan penerbangan antarabangsa Jarak Dekat yang tertentu) yang dikendalikan oleh Jetstar atau Jetstar Asia/Valuair):

    • Jetstar tidak menyediakan oksigen ’perjalanan’ – anda mesti membawa bekalan sendiri.
    • Jetstar hanya boleh menerima silinder oksigen yang dibekalkan oleh BOC, Air Liquide atau Supagas. Untuk menghubungi BOC sila telefon 1800 050 999. Untuk menghubungi Air Liquide sila telefon 1300 360 202. Untuk menghubungi Supagas sila telefon 13 77 72.
    • Silinder bersaiz ’C’ merupakan saiz maksimum yang dibenarkan. Namun, anda boleh membawa lebih daripada satu silinder. Jika tempat duduk tambahan diperlukan untuk membawa silinder oksigen bagi perjalanan anda, anda perlu membeli tempat duduk ini.
    • Semua peralatan lain mesti dibekalkan oleh anda sendiri (cth., oksigen, pengawal atur, topeng, kanula hidung).
    • Jetstar juga menerima Pemekat Oksigen Boleh Alih berikut yang dibuat untuk dibawa dalam perjalanan:
      • AirSep LifeStyle
      • AirSep FreeStyle
      • SeQual Eclipse
      • Respironics EverGo
      • Inogen One
    • Untuk kegunaan pada Pemekat Oksigen Boleh Alih, Bateri Ion Litium Berkekuatan Tinggi dengan Watt-jam antara 100Wj dan tidak melebihi 160Wj dihadkan kepada dua biji bateri di dalam bagasi bawa tangan dan memerlukankelulusan Barangan Berbahaya. Bateri yang melebihi 160Wj tidak dibenarkan di dalam pesawat.
    • Anda, atau penjaga anda, bertanggungjawab terhadap kawalan oksigen semasa penerbangan.
    • Sijil Perubatan Doktor diperlukan oleh pembekal gas perubatan.
    • Sijil ini mesti mengandungi butiran kadar aliran oksigen yang anda perlukan. Sijil itu juga mesti menyatakan sama ada anda mampu menggunakan oksigen tanpa bantuan (atau tidak).
    • Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar akan diminta semasa daftar masuk.
    • Anda bertanggungjawab untuk memastikan anda mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi (termasuk simpanan) untuk tempoh perjalanan anda dan sebarang perjalanan seterusnya, dengan mengambil kira kemungkinan penerbangan ditangguhkan (termasuk pertukaran haluan).
    • Anda bertanggungjawab untuk mengembalikan semua peralatan kepada BOC atau Air Liquide.
    • Anda mesti mematuhi keperluan Pengembara Bebas Jetstar.
    • Sekiranya anda membuat penerbangan sambungan ke atau dari penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat lain (selain daripada Jetstar, Jetstar Asia dan Valuair), anda mesti menghubungi syarikat lain berkenaan untuk mengatur kelulusan perjalanan anda.
    • Jika anda menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh Jetstar Japan (GK), hubungilah Pusat Perhubungan Jetstar Japan untuk membuat tempahan dan membincangkan Kelulusan Perjalanan.

    Jika anda menaiki pesawat A330 (penerbangan antarabangsa jarak jauh):

    Anda tidak boleh membawa oksigen perjalanan anda sendiri kecuali ia Pemekat Oksigen Boleh Alih. Silinder oksigen mesti dibekalkan oleh Jetstar (melalui Pengendalian Khas Qantas) untuk kegunaan dalam penerbangan sahaja dan bayaran akan dikenakan. Untuk mengatur hal ini, Doktor anda mesti melengkapkan Borang Kelulusan Perjalanan Jetstar dan mengembalikannya kepada kami untuk prakelulusan, 5 hari perniagaan sebelum penerbangan anda.

    • Jika tempat duduk tambahan diperlukan untuk membawa silinder oksigen yang dibekalkan bagi perjalanan anda, anda perlu membeli tempat duduk ini.
    • Jetstar juga menerima Pemekat Oksigen Boleh Alih berikut yang dibuat untuk dibawa dalam perjalanan:
      • AirSep LifeStyle
      • AirSep FreeStyle
      • SeQual Eclipse
      • Respironics EverGo
      • Inogen One
    • Untuk kegunaan pada Pemekat Oksigen Boleh Alih, Bateri Ion Litium Berkekuatan Tinggi dengan Watt-jam antara 100Wj dan tidak melebihi 160Wj dihadkan kepada dua biji bateri di dalam bagasi bawa tangan dan memerlukan kelulusan Barangan Berbahaya. Bateri yang melebihi 160Wj tidak dibenarkan di dalam pesawat.
    • Borang Kelulusan Perubatan yang lengkap mesti ditunjukkan semasa daftar masuk.
    • Anda, atau penjaga anda, bertanggungjawab terhadap pengurusan oksigen anda semasa penerbangan.
    • Anda mesti mematuhi keperluan Pengembara Bebas Jetstar.
    • Sekiranya anda membuat penerbangan sambungan ke atau dari penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat lain (selain daripada Jetstar, Jetstar Asia dan Valuair), anda mesti menghubungi syarikat lain berkenaan untuk mengatur kelulusan perjalanan anda.
Tutup
loading