This is our website for:

Pasport dan
Visa

Apabila anda menaiki penerbangan domestik Jetstar, anda mungkin perlu menunjukkan dokumen pengenalan bergambar. Anda pasti perlu membawa pasport apabila menaiki penerbangan antarabangsa dan mungkin perlu menyediakan dokumen lain juga.

Penerbangan domestik

Bagi penerbangan domestik yang berlepas dari terminal antarabangsa, anda perlu menunjukkan dokumen pengenalan bergambar.

Anda juga mungkin diminta menunjukkan dokumen pengenalan semasa menaiki mana-mana penerbangan domestik yang lain.

Dokumen pengenalan yang diperlukan bagi kanak-kanak dan bayi yang menaiki penerbangan domestik berbeza bagi setiap negara.

Ketahui apa yang anda perlukan supaya dapat memenuhi keperluan: Daftar masuk domestik

Penerbangan antarabangsa

Bagi semua penerbangan antarabangsa, anda perlu menunjukkan pasport yang sah. Kanak-kanak dan bayi juga memerlukan pasport yang sah. Bagi sesetengah perjalanan antarabangsa, anda perlu mengatur dokumentasi tambahan seperti visa, bukti perjalanan seterusnya atau butir-butir perhubungan. Pasport anda juga mungkin perlu sah laku selama tempoh yang ditetapkan.

Setiap negara menetapkan keperluannya sendiri terhadap penumpang masuk dan anda bertanggungjawab memahami dan mengatur segala dokumentasi perjalanan yang betul. Jetstar tidak dapat menolong anda jika anda tiba di lapangan terbang tanpa dokumen yang diperlukan.

Hubungilah kedutaan atau konsulat di destinasi anda untuk mengetahui dokumen apa yang akan anda perlukan. Sesetengah jenis visa memakan masa untuk diproses. Oleh itu, aturlah dokumen perjalanan anda seberapa awal yang boleh.

Ketahui keperluannya apabila anda pergi ke Amerika Syarikat

Nasihat tentang perjalanan

Eloklah anda ketahui keadaan terkini secara amnya di destinasi anda untuk memahami kesan yang mungkin ada terhadap anda. Kami tidak dapat melaporkan keadaan keselamatan di destinasi anda secara tepatnya, jadi sebaik-baiknya dapatkan nasihat mengenai perjalanan anda daripada:

Tutup
loading