This is our website for:

Pendaftaran
syarikat

Akses syarikat dan perniagaan kecil kepada Jetstar

Daftarkan perniagaan anda dengan Jetstar untuk mendapat akses kepada laman korporat kami yang boleh dipercayai dan mudah digunakan. Membuat tempahan terus dari laman korporat memboleh anda untuk:

  • Meminta laporan bulanan yang memperincikan tempahan dan perbelanjaan di Jetstar
  • Mengakses pasukan sokongan kami untuk bantuan.
  • Memilih daripada beberapa pilihan pembayaran.
  • Menahan tempahan sehingga dua hari (sekurang-kurangnya dua hari dari tarikh berlepas) membolehkan anda menempah tempat duduk sementara anda mendapatkan kelulusan perjalanan
  • Menempah itinerari berbilang sektor merentasi syarikat penerbangan kumpulan JQ

Mengapa terbang dengan Jetstar?

Dengan mendaftar dengan Jetstar syarikat anda mendapat akses kepada tambang murah kami yang amat kompetitif dan perkhidmatan kami yang banyak memenangi anugerah! Produk tambang kami yang inovatif membolehkan anda menatarajah itinerari yang sempurna untuk kakitangan anda.

Jetstar membolehkan perjalanan korporat berasaskan nilai melalui tawaran tambang murah setiap hari kami. Sama ada anda memerlukan yang asas sahaja, atau kefleksibelan penuh, Jetstar mempunyai jenis tambang yang tepat untuk anda. Dengan keupayaan untuk menempah itinerari gabungan, pilihan dan kefleksibelan sentiasa dijamin. Sebagai contoh, kakitangan anda boleh memilih untuk menempah Starter Fare untuk pergi dan Starter Max untuk perjalanan pulang. Lihat halaman tambang kami untuk maklumat lanjut.


Kami memahami keperluan untuk mendapatkan kefleksibelan dalam perjalanan korporat. Tambang Starter Max kami membolehkan anda membuat perubahan kepada masa dan tarikh berlepas, nama penumpang dan destinasi, dan wang anda juga boleh dikembalikan (Klik di sini untuk mengetahui syarat-syaratnya). Tambang ini menawarkan ciri-ciri ideal untuk pengembara atas urusan kerja:

  • Ganjaran atas kesetiaan dengan memperoleh mata Frequent Flyer Qantas dan Kredit Status*.
  • Akses ke Ruang Rehat Kelab Qantas jika ada (penumpang Business Max & ahli Kelab Qantas sahaja) untuk berehat, akses kepada makanan dan minuman ihsan dan mencari tempat yang senyap untuk menumpukan pada kerja anda.

Penawaran produk dan perkhidmatan kami yang bebas kerumitan akan membolehkan anda serta kakitangan anda untuk:

  • Dijaga dengan baik oleh khidmat pelanggan kami yang banyak memenangi anugerah
  • Mendaftar masuk dalam talian atau melalui kiosk lapangan terbang untuk mengelakkan beratur panjang di lapangan terbang (Domestik)
  • Membeli tempat duduk dengan ruang kaki ekstra atau tempat duduk hadapan untuk meningkatkan keselesaan dan menjadi yang pertama keluar dari pesawat
  • Membeli makanan, minuman dan hiburan di dalam pesawat
  • Menerima pemberitahuan SMS awal sekiranya berlaku gangguan atau pembatalan (dengan syarat Jetstar menerima nombor telefon kakitangan anda)

* Mata Frequent Flyer Qantas dan Kredit Status terhad kepada jenis tambang yang layak. Anda mesti menjadi ahli Program Frequent Flyer Qantas untuk mendapat mata dan kredit Status. Yuran penyertaan mungkin dikenakan.

Rangkaian Jetstar

Jetstar merupakan peneraju syarikat penerbangan tambah murah Asia dengan rangkaian yang terus berkembang yang menyediakan akses kepada lebih 55 lapangan terbang di seluruh Asia Pasifik.

Kami menyediakan lebih 2400 perkhidmatan seminggu dengan penerbangan yang kerap bagi laluan perniagaan penting

AU NZ

Gold Coast – Melbourne

Auckland – Christchurch

Melbourne – Sydney

Auckland – Wellington

Melbourne – Hobart

Queenstown – Christchurch

Brisbane – Sydney/Melbourne

Queenstown – Auckland

Cairns – Osaka

Queenstown –Wellington

Anda boleh mengakses pasaran antarabangsa melalui pilihan penerbangan kumpulan Jetstar yang termasuk, Jetstar (JQ) yang berpangkalan di Australia dan New Zealand, Jetstar Asia (3K) dan ValuAir (VF) yang berpangkalan di Singapura dan Jetstar Pacific (BL) yang berpangkalan di Vietnam. Sila lihat Peta Laluan interaktif kami untuk melihat Rangkaian Jetstar yang lengkap

Pendaftaran

Tujuannya untuk mendaftar perniagaan anda dengan Jetstar!

Untuk mendaftar anda memerlukan maklumat berikut

  • Maklumat hubungan: Kaedah komunikasi utama antara kami dan anda ialah e-mel. Kami akan menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar penyata bulanan (jika diminta) dan pengumuman penting
  • Butiran organisasi: Anda memerlukan ABN/GST/QBN untuk mengisi borang pendaftaran

Sebaik sahaja pendaftaran anda diserahkan, sila berikan sehingga lima hari perniagaan bagi Jetstar memproses permintaan anda. Sebaik sahaja akaun anda diaktifkan anda akan menerima pemberitahuan daripada Jetstar melalui e-mel.

Terma dan Syarat


Klik butang ’Terima’ jika anda menerima Terma & Syarat di atas dan ingin mendaftar.


Tutup
loading