This is our website for:

Dalam Penerbangan

Di Jetstar, tidak kira apa jenis tambang yang anda beli untuk perjalanan anda, kami berpegang pada prinsip untuk memberi anda pengalaman penerbangan yang terbaik mungkin. Ini termasuk memberi anda pilihan untuk memilih item ekstra yang ingin ditambah kepada tambang asas anda.

Sila teruskan membaca untuk mengetahui segalanya tentang tawaran hebat dalam penerbangan, termasuk makanan, minuman dan hiburan, yang tersedia dalam beberapa penerbangan terpilih Jetstar.

Ekonomi

Walaupun tambang Ekonomi kami menawarkan harga tiket dan pakej percutian hebat Jetstar yang paling mampu milik, Kabin Ekonomi kami tetap merupakan pilihan hebat untuk melakukan perjalanan dengan selesa dan bergaya.

Kabin dilengkapi tempat duduk bersarung kulit yang dijarakkan sebanyak 28 inci di dalam pesawat A320, 29 inci di dalam pesawat A321, 31 inci di dalam pesawat A330, dan 30-31 inci di dalam pesawat Boeing 787-8**. Kepak boleh laras di tempat letak kepalanya membuat perjalanan anda merelakskan, walaupun bagi penerbangan jarak jauh. Dengan membayar lebih sedikit, anda mempunyai pilihan untuk membeli tempat duduk sebelah tingkap atau di laluan dan ruang kaki lebih luas. Ketahui lebih lanjut mengenai pemilihan Tempat Duduk.

Hidangan Ringan Dalam Penerbangan

Dalam penerbangan domestik dan penerbangan ke dan dari New Zealand kami menawarkan bermacam-macam minuman dan snek untuk dibeli di dalam pesawat. Dalam penerbangan antarabangsa, kini kami menawarkan pilihan hidangan prabelian secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada pakej Plus atau Max (untuk tempahan yang dibuat dari 5 Julai 2011) atau pilih daripada perkhidmatan hidangan makan di dalam pesawat kami. Minuman yang tersedia untuk dibeli termasuk air dalam botol, jus, minuman ringan, teh, kopi dan pelbagai minuman beralkohol.

Hiburan

Dalam beberapa penerbangan terpilih, selepas pesawat meninggalkan lapangan terbang anda boleh menyewa unit Video atas Permintaan anda sendiri yang disertakan dengan set kepala untuk menonton filem, rancangan TV, muzik video atau hiburan kanak-kanak. Anda juga boleh mencucukkan palam kuasa set kepala anda ke tempat duduk untuk mendengar pilihan saluran muzik kami.

** Beberapa penerbangan di atas Boeing 787 Dreamliner tertakluk kepada kelulusan kerajaan dan pihak berkuasa Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, klik di sini.

Tutup
loading