This is our website for:

Ruang rehat Jetstar

Jetstar menawarkan penggunaan eksklusif dua Ruang Rehat yang mengagumkan kepada para penumpangnya. Ruang Rehat Gold Coast terletak di Lapangan Terbang Gold Coast, dan Ruang Rehat Ākarana terletak di Lapangan Terbang Auckland, New Zealand. Akses ruang rehat boleh diprabeli semasa membuat tempahan penerbangan anda dalam talian, atau dengan menghubungi Tempahan Jetstar. Kami juga berbesar hati untuk menawarkan akses ruang rehat secara percuma kepada penumpang yang melakukan perjalanan dengan StarClass atau untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun atau ke bawah.

Ruang Rehat Gold Coast

Makluman Penting: Ruang Rehat Gold Coast akan ditutup selepas penerbangan Jetstar yang terakhir berlepas pada 14 Oktober 2012. Dengan penutupan ini, Kelab Qantas akan dibuka di lapangan terbang Gold Coast pada penghujung bulan November 2012.

Jetstar akan menghubungi para pelanggan yang terjejas untuk membuat tawaran yang berikut:

Pelanggan Business Max

Jetstar akan memberi pelanggan baucar makan minum bernilai $25 yang boleh digunakan di lapangan terbang Gold Coast dalam tempoh Ruang Rehat ini ditutup. Baucar ini boleh diambil daripada kaunter daftar masuk Jetstar.

Setelah Kelab Qantas mula beroperasi pada lewat bulan November 2012, baucar $25 ini tidak akan diberikan lagi dan pelanggan Business Max akan dibenarkan memasuki Kelab Qantas.

Pelanggan Prabelian Ruang Rehat

Jetstar akan memulangkan kepada pelanggan bayaran masuk ke ruang rehat itu dan memberi mereka baucar perjalanan bernilai $25 yang boleh ditebus untuk membayar tambang penerbangan Jetstar dan ciri-ciri pratempah tambahan.

Pelanggan prabelian akan menerima bayaran balik yang sama bentuknya dengan bayaran asal dan baucar perjalanan akan dihantar ke alamat e-mel yang dinyatakan pada tempahan anda. Jika anda menempah melalui ejen pelancongan, anda mungkin perlu menghubungi ejen pelancongan itu untuk mendapatkan bayaran balik dan baucar anda.

Ahli Ruang Rehat

Ahli Ruang Rehat akan dihubungi melalui telefon dan diberitahu pilihan mereka.

Kemasukan

Jetstar menawarkan para pelanggan kami kemudahan menggunakan Ruang Rehat Gold Coast yang terletak di Lapangan Terbang Gold Coast. Penggunaan ruang rehat ini boleh dibeli dahulu apabila anda menempah penerbangan dalam talian atau dengan menelefon khidmat Penempahan Jetstar. Kami juga sukacita menawarkan penggunaan ruang rehat secara percuma kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah.

Ruang rehat penumpang Jetstar merupakan Ruang Rehat Gold Coast yang menakjubkan yang terletak di Lapangan Terbang Gold Coast.

Eksklusif untuk penumpang yang terbang dengan Jetstar, Ruang Rehat Gold Coast menawarkan serangkaian ciri-ciri yang direka untuk menjadikan pengalaman perjalanan anda suatu pengalaman yang selesa dan menyeronokkan. Ini termasuk dua kawasan khas untuk kanak-kanak (kawasan permainan dan panggung wayang kanak-kanak), kerusi rehat, makanan dan minuman percuma, sambungan Internet tanpa wayar untuk penumpang yang membawa komputer riba dan skrin plasma yang menayangkan berita TV, muzik video dan filem.

Ruang Rehat Gold Coast merupakan tempat yang amat sesuai untuk berehat dalam persekitaran yang mesra dan ramah dan jauh dari kebisingan dan gangguan terminal, di mana anda boleh membaca majalah serta surat khabar percuma, memeriksa e-mel anda di komputer riba dan mengecas telefon bimbit anda.

Dengan kemasukan percuma untuk kanak-kanak enam tahun dan ke bawah dan dua kawasan berasingan di mana mereka boleh bermain atau duduk di 'beanbag' dan menonton filem bersama ibu bapa mereka, ruang rehat ini sangat ideal untuk menghiburkan si kecil sambil menunggu penerbangan anda. Jika anda pemegang tiket StarClass, anda boleh menggunakan Ruang Rehat Gold Coast secara percuma.

Jika anda pemegang tiket Business Starter, anda boleh menambah akses ruang rehat ke dalam tambang anda dengan membayar sedikit bayaran.

Ciri-ciri

  • Sarapan percuma (termasuk sarapan ala Jepun), makan tengah hari, makan malam dan menu snek, dengan pelbagai pilihan minuman tanpa alkohol termasuk minuman ringan dan jus.
  • Pilihan wain dan bir percuma di bar.
  • Skrin plasma yang menayangkan berita TV, video muzik dan filem.
  • Kerusi rehat yang selesa.
  • Kawasan kerja khas yang terpencil.
  • Meja bersama yang tidak formal.
  • Panggung wayang kanak-kanak.
  • Akses internet tanpa wayar percuma.
  • Stesen mengecas telefon bimbit Optus.
  • Pilihan majalah terbaru dan surat khabar Australia.

Untuk kanak-kanak

  • Kanak-kanak enam tahun dan ke bawah dibenarkan masuk secara percuma.
  • Kawasan permainan khas kanak-kanak dan panggung wayang khas untuk kanak-kanak - kawasan permainannya termasuk buku, susun suai gambar dan papan hitam dengan kapur tulis untuk kanak-kanak.
  • Panggung wayang kanak-kanaknya dilengkapi 'beanbag' dan menayangkan rancangan kanak-kanak sepanjang hari.

Harga

Ruang Rehat Gold Coast berharga $9.99 jika diprabeli (sebelum berlepas) dari Jetstar.com atau melalui Tempahan Jetstar, atau $15.00 di pintu masuk.
Penumpang Business Max dan kanak-kanak enam tahun dan ke bawah dibenarkan masuk secara percuma.

Waktu Operasi

Ruang Rehat Gold Coast dibuka 45 minit sebelum waktu berlepas penerbangan Jetstar mengikut jadual yang pertama dan ditutup semasa panggilan berlepas penerbangan Jetstar mengikut jadual yang terakhir.

Lokasi

Ruang Rehat Gold Coast terletak selepas pemeriksaan keselamatan di ruang rehat terminal berlepas domestik di Lapangan Terbang Gold Coast.

Cara menempah

Semasa anda menempah penerbangan dari Gold Coast di Jetstar.com, anda akan diberikan pilihan untuk menempah Ruang Rehat Gold Coast pada kadar yang lebih rendah. Sekiranya anda terlupa untuk membuat prapembelian semasa menempah penerbangan anda, anda masih boleh menghubungi Tempahan Jetstar sehingga hari sebelum berlepas untuk membeli tiket masuk pada kadar yang lebih rendah. Sekiranya anda memutuskan untuk menggunakan Ruang Rehat Gold Coast semasa anda berada di lapangan terbang, anda boleh membayar tiket masuk di pintu masuknya.

Lihat terma dan syarat ruang rehat Jetstar.

Tutup
loading