This is our website for:

Jaminan kami

Sebagai salah seorang pelanggan yang kami hargai, kami rasa adalah penting untuk anda benar-benar tahu apa yang boleh anda harapkan daripada kami, dan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi yang cuba kami capai dalam apa jua yang kami lakukan. Jika kami gagal memenuhi piawaian perkhidmatan yang tinggi yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri, kami komited untuk memberi ganti rugi atas sebarang kesulitan yang kami sebabkan.

Kami juga komited untuk menawarkan tambang yang kompetitif kepada anda, itulah sebabnya mengapa jika anda temui tambang kapal terbang yang disiarkan di internet daripada syarikat penerbangan lain yang lebih rendah daripada tambang Jetstar yang setanding yang paling rendah yang ada di Jetstar.com, bagi laluan yang sama untuk masa yang setanding, kami akan tewaskan tambang itu sebanyak 10%.

Jaminan Pelanggan

Kami melakukan perubahan kecil

Jetstar sentiasa berusaha memastikan anda menikmati penerbangan tanpa masalah yang menyeronokkan, tetapi kadangkala memang berlaku masalah penerbangan lewat atau dibatalkan pada hari anda sepatutnya terbang. Dalam keadaan begini, kami akan cuba mengurangkan kesulitan akibat penerbangan yang lewat atau terbatal itu, jadi kami mengubah sedikit tempoh lewat kami yang disahkan dan kami mengemaskinikan Jaminan Kepada Pelanggan Jetstar.

Kami menambahkan tempoh lewat kami yang disahkan di dalam Bahagian 5 daripada 30 minit kepada 45 minit supaya kami tidak perlu memberitahu anda mengenai penerbangan yang mungkin lewat tetapi boleh dikembalikan menepati jadual ataupun yang mungkin lewat tetapi akhirnya sempat menepati masa.




Sebagai sebahagian daripada janji tambang rendah, pengalaman indah kami, Jetstar komited untuk memberi anda pengalaman penerbangan yang terbaik pada harga yang terbaik.

Kami juga memberi jaminan peribadi bahawa keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan teratas kami.

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan setiap sudut pengalaman anda bersama kami sesuatu yang tidak rumit, menggembirakan dan menyeronokkan. Sebab itulah mengapa kami mempunyai lebih daripada 7,000 kakitangan yang melakukan yang terbaik, pada semua hari dan setiap hari untuk menghantar anda ke mana jua anda ingin pergi.

Malangnya, ada waktu-waktunya bagi setiap syarikat penerbangan di mana apa yang dirancang tidak menjadi, selalunya kerana kami menjadikan keselamatan anda keutamaan teratas kami. Sekiranya perkara ini berlaku, kami rasa adalah penting untuk anda tahu apa yang boleh anda jangkakan daripada kami, dan bahawa anda tahu kami sentiasa sedia untuk membantu, bersikap adil, terbuka dan konsisten.

Itulah sebabnya mengapa kami menggariskan Jaminan Pelanggan 10 mata Jetstar, agar sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku dan menjejaskan perjalanan anda bersama kami, anda tahu apa yang boleh dijangkakan:

1. Keselamatan anda keutamaan teratas kami

2. Kami komited untuk menyediakan tambang terendah dengan ‘Jaminan Turun Harga’*

3. Pasukan kami sentiasa di sini untuk membantu, 24 jam sehari, 7 hari seminggu

4. Kami akan maklumkan pilihan yang anda punyai jika penerbangan anda berubah sebelum anda berlepas

5. Kami akan pastikan anda menerima perkembangan terkini dan memberi anda pilihan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan

6. Anda akan dapat apa yang telah anda bayar

7. Anda boleh yakin tentang betapa pantasnya kami akan menangani sesuatu isu

8. Anda boleh yakin tentang betapa pantasnya kami akan mengembalikan wang anda

9. Kita berkongsi kesungguhan yang sama untuk melindungi alam sekitar

10. Kami komited untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda

Jaminan Jetstar Kepada Pelanggan ini merangkumi semua penerbangan yang dikendalikan oleh perniagaan kami di Australia, New Zealand dan Singapura (berkuat kuasa mulai 11 Februari 2012, dikemaskinikan pada bulan Julai 2012). Komitmen di dalam Jaminan Jetstar Kepada Pelanggan ini diberikan sebagai tambahan pada hak anda, jika ada, di bawah Syarat Pengangkutan kami, ataupun di bawah undang-undang.

Klik di sini untuk memuat turun PDF Jaminan Pelanggan Jetstar.

Menunaikan janji dan komitmen kami

Menunaikan janji merupakan sesuatu yang amat penting bagi kami semua di Jetstar.

Kami komited untuk memastikan bahawa kami sentiasa berterus-terang dan jujur dalam semua komunikasi kami dengan pelanggan dan bahawa semua urus niaga kami dijalankan dengan penuh integriti.

Kami komited untuk terus menambahbaiki apa yang kami lakukan dan cara kami melakukannya. Itulah sebabnya mengapa maklum balas anda sangat penting bagi kami. Sekiranya anda ingin memberi maklum balas kepada Jetstar, anda boleh berbuat demikian melalui borang maklum balas kami atau dengan menghubungi Pusat Panggilan kami.

Kami menggalakkan anda untuk membaca Syarat-syarat Pengangkutan kami dan Peraturan Tambang anda yang memberi butiran lanjut bagi terma dan syarat kami. Di halaman ini anda juga anda temui maklumat yang dapat membantu anda berhubung perjalanan anda bersama kami, termasuk dasar privasi kami. Komitmen dalam Jaminan Pelanggan Jetstar ini diguna pakai sebagai tambahan kepada sebarang hak yang anda miliki di bawah Syarat-syarat Pengangkutan kami, atau di bawah undang-undang.

Kami akan menerbitkan kemajuan dan prestasi kami berbanding semua komitmen kami setiap tahun, dan bagi setiap komitmen yang tidak kami tunaikan sebanyak 99% daripada seluruh masa, selain daripada akibat yang digariskan di atas, kami akan mendermakan $20,000 kepada World Vision melalui program StarKids kami. Sila lihat halaman StarKids kami untuk maklumat lanjut.

Jaminan Pelanggan Jetstar

1. Keselamatan anda adalah keutamaan teratas kami

Dengan warisan kami sebagai sebahagian daripada Kumpulan Qantas, anda boleh jangkakan komitmen mutlak kami terhadap keselamatan sebagai keutamaan teratas kami, dalam apa jua yang kami lakukan.

2. Kami komited untuk menyediakan tambang terendah dengan ‘Jaminan Turun Harga’* kami

Di Jetstar, kami komited untuk memberi anda tambang hebat dan murah – pada semua hari, setiap hari. Itulah sebabnya mengapa, jika anda temui tambang kapal terbang syarikat penerbangan lain yang disiarkan di internet yang lebih rendah berbanding tambang terendah Jetstar yang tersedia bagi laluan yang sama pada masa yang setanding di Jetstar.com, hubungi kami untuk membuat tempahan dengan Jetstar dan kami akan menewaskan tambang syarikat penerbangan lain itu sebanyak 10%. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

3. Pasukan kami sentiasa di sini untuk membantu, 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Kami benar-benar menghargai budaya setiap individu yang memilih untuk terbang dengan Jetstar, dan kami menghargai setiap orang mempunyai pilihan dalam pengaturan perjalanan mereka. Kami percaya anda berhak untuk mengharapkan perkhidmatan yang profesional dan berbudi bahasa di semua titik hubungan kami.

Kami faham bahawa keperluan semua pelanggan kami mungkin berbeza-beza, termasuk pelanggan yang kurang upaya, maka kami menyediakan pelbagai perkhidmatan bantuan khas bagi memastikan perjalanan dengan Jetstar merupakan suatu pengalaman yang konsisten dan bebas kerumitan.

Sekiranya anda memerlukan apa jua bantuan di lapangan terbang, kakitangan kami sedia untuk membantu. Itulah sebabnya mengapa kami terus melabur dalam latihan khidmat pelanggan untuk semua pasukan kami, yang berada di sana untuk membantu anda sekiranya anda mempunyai sebarang masalah.

Sekiranya anda perlu bercakap dengan kami mengenai sebarang hal, kami mengikat janji kepada pelanggan kami bahawa Pusat Panggilan kami akan dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kami juga mengikat janji bahawa kami akan memastikan pembuat keputusan berada di Pusat Panggilan kami untuk menangani permasalahan anda pada waktu itu juga. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan mereka, kami mengikat janji untuk menerangkan semua pilihan Jestar yang lain yang boleh anda pilih. Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

4. Kami akan maklumkan pilihan yang anda punyai jika penerbangan anda berubah sebelum anda berlepas

Kami sentiasa mencuba untuk meminimumkan sebarang perubahan jadual sebelum tibanya waktu untuk anda berlepas dan menyedari kesan yang mungkin dirasai para pelanggan kami berhubung perkara ini. Namun, perubahan jadual dibuat atas banyak sebab – termasuk sebab yang di luar kawalan kami; sebagai contoh, kerja di landasan kapal terbang, atau kerja penyelenggaraan pesawat yang tidak dirancang.

Apabila kami membatalkan atau mengubah jadual penerbangan anda sebelum tibanya waktu untuk anda berlepas dengan kami, kami tahu adalah penting bagi anda untuk tahu terlebih awal mengenai sebarang perubahan.

Untuk perubahan jadual atau pembatalan penerbangan yang dibuat sebelum hari berlepas anda, yang menangguhkan rancangan perjalanan anda lebih daripada 30 minit, kami mengikat janji untuk:

  • memberitahu anda atau ejen pelancongan anda melalui e-mel, SMS dan/atau panggilan telefon, menggunakan butiran hubungan berkaitan yang diberikan dalam tempahan anda;
  • jika anda tidak dapat menjawab panggilan dan mel suara anda aktif, kami akan meninggalkan pesanan; dan
  • menghantar butiran penerbangan baru ke alamat e-mel dalam tempahan anda; dan
  • jika penerbangan anda dibatalkan, menawarkan pengaturan pengangkutan alternatif agar anda sampai ke destinasi anda secara percuma, biasanya dengan penerbangan Jetstar berikutnya yang tersedia sebelum atau selepas penerbangan yang anda tempah.

Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50 . *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

5. Kami akan pastikan anda menerima perkembangan terkini dan memberi anda pilihan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan

Banyak perkara boleh berlaku, dan pelbagai isu mungkin timbul pada hari anda melakukan perjalanan dengan kami. Sesetengahnya mungkin dalam kawalan kami, tetapi sesetengahnya mungkin tidak, seperti cuaca atau kesesakan trafik.

Kami tahu bahawa dalam situasi seperti ini, berkongsi maklumat adalah amat penting, dan kami komited untuk memastikan kami menangani setiap isu yang timbul – dengan adil, terbuka dan konsisten.

Penangguhan dan Pembatalan pada hari Berlepas:

Semua syarikat penerbangan ada mengalami penangguhan atau pembatalan penerbangan dengan notis yang amat singkat. Di Jetstar keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan teratas kami, oleh itu kadangkala kami terpaksa menangguhkan atau membatalkan penerbangan anda bagi memastikan perjalanan anda selamat.

Kami amat memahami impak daripada perkara ini, dan komitmen teguh kami untuk meminimumkan pembatalan terbukti dengan Jetstar memperoleh kadar pembatalan terendah berbanding syarikat penerbangan utama di Australia dalam tempoh 5 tahun pertama operasinya. Di Jetstar kami tidak pernah membatalkan penerbangan pada hari berlepas atas alasan komersil, atau apabila kami belum habis menjual kesemua tempat duduk.

Namun, meskipun kami melakukan segala usaha, kadangkala penerbangan terpaksa juga ditangguhkan atau kami terpaksa membatalkan penerbangan pada hari anda dijadualkan untuk berlepas. Dalam keadaan sedemikian, adalah penting bagi anda untuk tahu apa yang boleh dijangkakan, oleh itu kami menumpukan perhatian dalam memastikan anda dimaklumkan tentang status masa berlepas dengan pengumuman dari semasa ke semasa di lapangan terbang.

Jika pada hari anda dijadualkan untuk berlepas, kami mengesahkan penangguhan lebih daripada 45 minit atau kami membatalkan penerbangan anda, dan kami tahu akan penagguhan atau pembatalan itu lebih daripada dua jam sebelum masa berlepas mengikut jadual asal, maka kami mengikat janji untuk:

  • memberitahu anda atau ejen pelancongan anda melalui SMS dan/atau panggilan telefon jika masa mengizinkan, menggunakan butiran hubungan berkaitan yang diberikan dalam tempahan anda;
  • jika anda tidak dapat menjawab panggilan dan mel suara anda aktif, kami akan meninggalkan pesanan; dan
  • jika penerbangan anda dibatalkan, menawarkan pengaturan pengangkutan alternatif agar anda sampai ke destinasi anda secara percuma, biasanya dengan penerbangan Jetstar berikutnya yang tersedia sebelum atau selepas penerbangan yang anda tempah.

Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

Tempat duduk dalam penerbangan yang anda tempah tidak lagi tersedia untuk anda

Ada kalanya tiada tempat duduk kosong untuk anda dalam penerbangan yang anda tempah. Ini mungkin disebabkan oleh pertukaran saat akhir kepada pesawat yang lebih kecil, batasan berat yang disebabkan oleh cuaca, tempat duduk bermasalah, atau yang jarang sekali berlaku, tempahan penerbangan yang berlebihan.

Walaupun kemungkinannya amat kecil tetapi sekiranya berlaku juga, kami mengikat janji untuk:

  • sentiasa mencuba untuk menghantar anda ke destinasi dengan penerbangan Jetstar berikutnya yang ada kekosongan pada hari anda dijadualkan untuk berlepas; atau
  • jika kami tidak dapat berbuat demikian, kami akan mengatur pilihan penerbangan lain untuk anda dengan syarikat penerbangan lain pada hari yang sama, atau penerbangan Jetstar berikutnya yang ada kekosongan, atau mengembalikan wang anda.

Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $100. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

6. Anda akan dapat apa yang anda bayar

Kami percaya bahawa perjalanan udara adalah tentang pilihan, dan anda seharusnya boleh membayar bagi perkhidmatan dan produk yang anda pilih sahaja.

Kami menawarkan peluang untuk memilih daripada rangkaian ‘beli dalam pesawat’ atau, dalam beberapa penerbangan terpilih, anda juga boleh memilih untuk ‘prabayar’ untuk menikmati produk seperti hiburan dalam penerbangan, makanan, pek keselesaan, tempat duduk ‘Ruang kaki Lebih Luas’ atau tempat duduk ‘Hadapan’.

Walaupun kemungkinannya amat kecil tetapi sekiranya anda tidak menerima pilihan’prabayar’ seperti yang dijanjikan, hubungi kami dan kami akan mengembalikan wang anda.

7. Anda boleh yakin tentang betapa pantasnya kami akan menangani sesuatu isu

Setiap pekerja Jetstar adalah pelanggan juga, dan daripada pengalaman kami dengan khidmat pelanggan organisasi lain, kami tahu betapa mengecewakan sekiranya tidak tahu di mana anda boleh mendapatkan bantuan apabila berdepan dengan masalah.

Sekiranya anda mempunyai masalah berhubung perjalanan anda dengan kami, kami akan cuba menyelesaikan masalah anda di titik hubungan pertama anda dengan kami.

Sekiranya kami tidak dapat menyelesaikan masalah anda di situ juga, kami akan merujukkan anda kepada Pusat Panggilan kami di mana kami mempunyai Pasukan Bantuan Pelanggan khas untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang lebih rumit melalui telefon.

Jika kami masih tidak dapat menyelesaikan isu anda dengan memuaskan dan anda ingin menulis rungutan rasmi, sila lihat bahagian Hubungi Kami.

Kami mengikat janji untuk menyediakan Pasukan Penjagaan Pelanggan khas yang sedia untuk menyelesaikan semua rungutan rasmi yang kami terima daripada pelanggan kami dengan adil, terbuka dan konsisten.

Kami faham bahawa, mendapatkan respons segera apabila anda melaporkan rungutan adalah penting, itulah sebabnya mengapa kami mengikat janji untuk:

  • menghantar akuan bertarikh yang mengakui menerima rungutan bertulis anda, dalam masa 24 jam selepas penerimaan rungutan oleh Pasukan Penjagaan Pelanggan kami; dan
  • memberi jawapan dalam masa 15 hari perniagaan dari tarikh penerimaan rungutan asal anda.

Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

Selepas anda menerima jawapan kami, jika anda masih tidak berpuas hati, diharap anda akan meminta kami mempertimbangkan semula jawapan itu.

Jika aduan anda itu berhubung dengan penerbangan Jetstar Airways yang diberi kod penerbangan JQ, selepas pertimbangan semula ini, anda sama ada boleh terus membincangkan hal tersebut dengan kami, ataupun anda boleh menghubungi Pembela Pelanggan Syarikat Penerbangan – Australia. Pembela ini boleh didapati di www.airlinecustomeradvocate.com.au

8. Anda boleh yakin tentang betapa pantasnya kami akan mengembalikan wang anda

Jika kami telah menawarkan untuk mengembalikan wang anda, kami tahu bahawa mendapatkan semula wang anda tepat pada masanya adalah sesuatu yang penting juga. Itulah sebabnya mengapa kami mengikat janji untuk menyelesaikan sebarang bayaran balik dalam masa 15 hari perniagaan selepas bersetuju, dengan andaian bahawa butiran akaun anda sah.

Sekiranya kami tidak menunaikan janji ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50, selain daripada jumlah bayaran balik anda.

9. Kita berkongsi kesungguhan yang sama untuk melindungi alam sekitar

Kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbangan yang paling bertanggungjawab terhadap alam sekitar di dunia.

Kami melakukannya melalui program ofset karbon kami yang berjaya, tumpuan kami pada amalan perniagaan berkekalan, dan dengan rangkaian pesawat kami, antara yang paling moden dan cekap bahan api di angkasa, kami sentiasa mencuba untuk meminimumkan impak kami terhadap alam sekitar.

Kita lakukan ini bersama.

Tahun lalu, pelanggan Jetstar membayar hampir satu juta dolar bagi mengimbangi lebih daripada 70,000 tan pelepasan karbon, yang setara dengan melenyapkan lebih daripada 15,000 kereta di atas jalan. Kami juga mengimbangi semua perjalanan udara bagi kakitangan kami yang terbang atas urusan kerja.

Sekiranya anda mempunyai idea bagaimana kami boleh meningkatkan kecekapan alam sekitar kami, dan kami guna pakai idea itu, kami mengikat janji untuk mendermakan $10,000 kepada World Vision melalui program StarKids kami (anda boleh beritahu idea anda di sini).

10. Kami komited untuk melindungi privasi maklumat peribadi anda

Kami menghormati maklumatt yang anda berikan kepada kami semasa anda membuat tempahan, dan kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk mencegah akses tanpa kebenaran kepada maklumat tersebut.

Dasar Privasi kami, tersedia di www.jetstar.com/terms atau melalui Pusat Panggilan kami, menerangkan cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda.

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi tentang anda yang berada dalam pegangan kami.

Sekiranya anda ingin mendapat akses kepada maklumat peribadi anda, membuat aduan mengenai pencerobohan berkemungkinan terhadap privasi anda, atau anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara maklumat peribadi anda dikumpulkan atau digunakan, sila hantarkan permintaan, aduan atau pertanyaan anda kepada Pasukan Penjagaan Pelanggan kami. Butiran mengenai alamat kami boleh ditemui dengan mengklik pautan "Hubungi Kami" di bahagian bawah laman web kami di www.jetstar.com.

Kami mengikat janji untuk:

  • menghantar akuan bertarikh yang mengakui menerima permintaan bertulis anda, dalam masa 24 jam selepas penerimaan permintaan atau pertanyaan oleh Pasukan Penjagaan Pelanggan kami; dan
  • memberi jawapan dalam masa 15 hari perniagaan dari tarikh penerimaan rungutan asal anda.

Jika kami gagal memenuhi komitmen ini, hubungi kami dan kami akan memberi anda baucar perjalanan Jetstar yang bernilai $50. *Klik di sini untuk maklumat yang lebih terperinci dan syarat-syarat penuhnya.

Maklumat Penting Baucar

Baucar dibuat dalam AUD, SGD, atau NZD bergantung pada mata wang bagi negara di mana anda tinggal. Sekiranya anda tinggal di negara yang menggunakan mata wang lain yang boleh digunakan untuk membuat tempahan di Jetstar.com, kami akan memberi anda baucar yang setara dengan nilai AUD yang ditetapkan.

a) Tempahan mesti dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh baucar anda dikeluarkan, untuk perjalanan yang dimulakan dan dilengkapkan dalam masa 12 bulan dari tarikh baucar anda dikeluarkan.

b) Tarikh tempahan dan perjalanan akan diguna pakai dengan ketat.

c) Jetstar tidak akan melanjutkan tarikh tempahan dalam apa jua keadaan. Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, wang tambang kapal terbang tidak akan dikembalikan. Perubahan terhad dibenarkan, caj akan dikenakan. Syarat-syarat tambang pakej Starter Business standard akan diguna pakai. Lihat Jetstar.com untuk butiran lanjut.

d) Anda mesti menebus Baucar ini dalam satu transaksi sahaja. Sebarang jumlah yang tidak ditebus dalam transaksi itu akan hilang. Baucar ini tidak boleh dipindah milik - ia hanya boleh ditebus oleh individu yang namanya tertera di atas baucar untuk perjalanan oleh individu itu.

e) Baucar ini hanya boleh ditebus sehingga nilai yang dinyatakan di atas baucar untuk tambang Jetstar, cukai, fi dan caj lain yang berkait dengan tempahan internet atau telefon Jetstar yang biasa. Baucar ini mesti digunakan seperti yang dinyatakan dan tiada ganti rugi akan dibayar sekiranya penerima tidak dapat menggunakannya seperti yang dinyatakan. Baucar ini tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau barangan dan perkhidmatan lain. Sila ambil perhatian bahawa baucar Jetstar tidak boleh dikembalikan wangnya dan hanya boleh ditebus untuk penerbangan sahaja (iaitu, penginapan dan sewa kereta tidak boleh dibeli menggunakan baucar ini).

f) Semua perjalanan adalah tertakluk kepada ketersediaan pada masa tempahan dibuat, syarat-syarat tambang yang disebut pada masa tempahan dibuat dan Syarat-syarat Pengangkutan Jetstar.

g) Sebarang perjalanan tambahan atau aktiviti darat yang ditempah bersama dengan penggunaan Baucar ini akan tertakluk kepada syarat-syarat tempahan biasa.

Tutup
loading