This is our website for:

Jaminan
kami

Sebagai salah seorang pelanggan yang kami hargai, kami rasa adalah penting untuk anda benar-benar tahu apa yang boleh anda harapkan daripada kami, dan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi yang cuba kami capai dalam apa jua yang kami lakukan. Jika kami gagal memenuhi piawaian perkhidmatan yang tinggi yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri, kami komited untuk memberi ganti rugi atas sebarang kesulitan yang kami sebabkan.

Kami juga komited untuk menawarkan tambang yang kompetitif kepada anda, itulah sebabnya mengapa jika anda temui tambang kapal terbang yang disiarkan di internet daripada syarikat penerbangan lain yang lebih rendah daripada tambang Jetstar yang setanding yang paling rendah yang ada di Jetstar.com, bagi laluan yang sama untuk masa yang setanding, kami akan tewaskan tambang itu sebanyak 10%.

Jaminan Turun Harga

PENERBANGAN:

Jika anda temui tambang kapal terbang yang disiarkan di internet daripada syarikat penerbangan lain yang lebih rendah daripada tambang Jetstar yang setanding yang paling rendah yang ada di Jetstar.com, hubungi kami untuk membuat tempahan dengan Jetstar dan kami akan tewaskan tambang itu sebanyak 10% (dengan syarat kami dapat sahkan tambang lebih rendah itu semasa anda menghubungi kami untuk membuat tempahan). Tambang setanding itu mestilah untuk penerbangan terus sehala bagi laluan yang sama pada masa yang setanding.

Membandingkan harga pesaing yang tidak termasuk peruntukan bagasi daftar masuk atau termasuk kurang daripada 20kg:
Jika jumlah keseluruhan harga pesaing lebih rendah, buatlah tempahan dengan Jetstar tanpa bagasi daftar masuk. Bandingkan jumlah keseluruhan harga pesaing dengan tambang Starter Jetstar tanpa bagasi daftar masuk.

Membandingkan jumlah keseluruhan harga pesaing yang termasuk 20kg peruntukan bagasi daftar masuk (atau lebih):
Jika jumlah keseluruhan harga pesaing lebih rendah, buatlah tempahan dengan Jetstar dengan 20kg bagasi daftar masuk. Jika jumlah keseluruhan harga pesaing termasuk sekurang-kurangnya 20kg peruntukan bagasi daftar masuk, ini setanding dengan jumlah keseluruhan harga tambang Starter Jetstar dengan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk tambahan.

Peruntukan bagasi akan digunakan untuk perbandingan.

Tambang syarikat penerbangan lain yang peruntukan bagasi daftar masuknya kurang daripada 20kg atau tidak termasuk peruntukan bagasi daftar masuk setanding dengan harga tambang Starter Jetstar (tanpa pakej) dan tambang yang termasuk sekurang-kurangnya 20kg peruntukan bagasi daftar masuk setanding dengan jumlah keseluruhan harga tambang Starter Jetstar (tanpa pakej) dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk.

Pakej Percutian:

Jika anda menjumpai pakej lain yang sama ataupun yang serupa (penerbangan yang sama ataupun yang setaraf dengannya berserta hotel, kereta atau aktiviti yang serupa) pada mana-mana tapak internet yang lebih murah daripada pakej Jetstar yang paling murah dan anda menempah pakej itu melalui Pusat Panggilan Percutian Jetstar iaitu 1300 360 520, kami akan menurunkan harga kami sehingga 10% lebih rendah daripada harga pada tapak lain itu dengan syarat kami dapat mengesahkan harga pakej yang lebih rendah itu pada waktu anda menelefon untuk menempahnya. “Pakej” bermaksud sekurang-kurangnya satu penerbangan Jetstar (JQ) berserta sekurang-kurangnya satu komponen antara penginapan, sewa kereta atau aktiviti yang ditempah bersama rujukan tempahan yang sama dengan penerbangan anda. Sila lihat di bawah ini untuk mengetahui butir-butir selanjutnya:

 

PUSAT PANGGILAN

AUSTRALIA

1300 369 516

NEW ZEALAND

+ 0800 589 331

SINGAPURA

800 852 9508

VIETNAM

 +84 1900 1550
+84 8 629993999

NEGARA-NEGARA LAIN

Lawat halaman hubungi kami

 

Penerbangan Layak

  • Tempahan penerbangan sahaja - Tawaran ini diguna pakai untuk penerbangan terus sehala sahaja (sektor tunggal) yang dikendalikan oleh penerbangan Jetstar Airways Pty Limited, Jetstar Asia Airways Pte Limited, Valuair Ltd dan Jetstar Pacific Airlines Joint Stock Aviation Company dengan nombor penerbangan bermula dengan JQ, 3K, VF atau BL. Ia tidak diguna pakai untuk penerbangan ‘codeshare’ QF yang dikendalikan oleh Jetstar.
  • Masa Setanding - Penerbangan yang berkenaan bagi syarikat penerbangan lain mestilah penerbangan terus untuk laluan yang sama yang berlepas dan tiba di lapangan terbang yang sama dengan penerbangan Jetstar yang berkenaan, dan mesti dijadualkan untuk berlepas:
    • dalam masa 1 jam dari penerbangan Jetstar (JQ) atau Jetstar Pacific (BL) yang berkenaan, dalam kes penerbangan domestik dalam Australia, New Zealand atau Vietnam (iaitu penerbangan terus sama sekali dalam Australia atau sama sekali dalam New Zealand atau sama sekali dalam Vietnam), atau penerbangan terus antara Australia dan New Zealand atau;
    • pada hari yang sama dengan penerbangan Jetstar, dalam kes penerbangan terus Jetstar (JQ) atau Jetstar Asia (3K) antara Australia dan destinasi antarabangsa Jetstar yang lain atau New Zealand dan destinasi antarabangsa Jetstar yang lain;
    • o dalam masa 1 jam dari penerbangan Jetstar Asia (3K), Valuair (VF) atau Jetstar (JQ) yang berkenaan, dalam kes penerbangan Dalam Asia (iaitu tidak termasuk penerbangan ke atau dari Australia atau ke atau dari New Zealand)
  • Tambang Setanding - Tambang syarikat penerbangan lain yang mempunyai peruntukan bagasi daftar masuk kurang daripada 20kg atau tidak termasuk peruntukan bagasi daftar masuk setanding dengan tambang Starter (tanpa pakej) yang tersedia, daripada Jetstar. Tambang syarikat penerbangan lain yang termasuk sekurang-kurangnya 20kg peruntukan bagasi daftar masuk setanding dengan jumlah keseluruhan harga tambang Starter (tanpa pakej) yang tersedia dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk daripada Jetstar. Jika tambang syarikat penerbangan lain tidak jelas, perbandingan tidak boleh digunakan dalam promosi ini.
  • Ketersediaan - Tambang Jetstar yang setanding mesti juga tersedia pada masa yang sama. Sekiranya tambang yang lebih rendah itu setanding dengan tambang Starter tanpa sebarang peruntukan bagasi, anda hanya akan dapat membeli tambang Starter (bagasi bawa tangan sahaja) di bawah promosi ini. Sekiranya tambang yang lebih rendah itu setanding dengan tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk, anda hanya akan dapat membeli tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk di bawah promosi ini. Sekiranya syarikat penerbangan lain itu mempunyai satu tambang lebih rendah yang setanding dengan tambang Starter dan satu tambang lebih rendah yang setanding dengan tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk, anda boleh memilih produk Jetstar mana yang ingin anda beli pada harga kurang 10% berbanding harga setanding yang berkenaan itu.

Pakej Percutian Layak

  • Tempahan pakej percutian - Tawaran ini boleh diguna pakai untuk penerbangan terus sehala atau pergi-balik yang dikendalikan oleh Jetstar Airways Pty Limited dengan nombor penerbangan bermula dengan JQ yang ditempah dalam transaksi yang sama dengan sekurang-kurangnya salah satu daripada yang berikut: tempahan penginapan, sewa kereta dan/atau aktiviti darat. Ia tidak boleh diguna pakai kepada penerbangan ‘codeshare’ QF yang dikendalikan oleh Jetstar atau jika penginapan, sewa kereta dan/atau aktiviti hanya boleh ditempah berasingan (iaitu dengan rujukan tempahan yang berlainan). Ia tidak boleh diguna pakai kepada penerbangan Jetstar Asia (3K), Valuair (VF) atau Jetstar Pacific (BL).
  • Masa dan tambang penerbangan yang sama atau setanding - Penerbangan berkenaan dalam pakej percutian pesaing mestilah dalam penerbangan atau penerbangan-penerbangan Jetstar yang sama, atau dengan syarikat penerbangan lain untuk Masa Setanding dan Tambang Setanding (lihat di bawah tajuk Penerbangan).
  • Komponen lain - Komponen bukan penerbangan bagi pakej:
    • Kadar sewa kereta (jika termasuk dalam pakej) mestilah untuk syarikat sewa kereta yang sama, jenis kereta yang sama, tempoh sewa kereta yang sama, tarikh sewaan kereta sewa yang sama.
    • Penginapan (jika termasuk dalam pakej) mestilah untuk hotel yang sama, jenis bilik yang sama, bilangan malam yang sama, tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang sama, bilangan penumpang yang sama yang menginap di dalam bilik dengan item terangkum yang sama.
    • Aktiviti (jika termasuk dalam pakej) mestilah untuk pembekal aktiviti yang sama, untuk bilangan penumpang yang sama, untuk tarikh perjalanan yang sama dengan item terangkum yang sama.
  • Ketersediaan Jika anda membandingkan pakej yang termasuk penerbangan syarikat penerbangan lain, penerbangan atau penerbangan-penerbangan Jetstar juga mesti tersedia pada masa yang sama. Sekiranya tambang yang lebih rendah itu termasuk tambang yang setanding dengan tambang Starter, anda hanya akan dapat membeli tambang Starter (bagasi bawa tangan sahaja) di bawah promosi ini. Sekiranya tambang yang lebih rendah itu termasuk tambang yang setanding dengan tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk, anda hanya akan dapat membeli tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk di bawah promosi ini. Sekiranya pakej percutian pesaing mempunyai satu tambang lebih rendah yang setanding dengan tambang Starter dan satu tambang lebih rendah yang setanding dengan tambang Starter dengan tambahan 20kg peruntukan bagasi daftar masuk, anda boleh memilih produk Jetstar mana yang ingin anda beli.

Terma dan syarat bagi kedua-dua penerbangan dan percutian

  • Anda mesti memberitahu Jetstar mengenai butiran tambang atau pakej percutain yang lebih rendah itu, termasuk alamat laman web di mana anda menemuinya, semasa anda menelefon untuk membeli tambang Jetstar atau pakej percutian Jetstar.
  • Agar kami dapat mengesahkan harganya, tambang lebih rendah syarikat penerbangan lain atau pakej percutian pesaing mesti tersedia semasa anda menghubungi pusat panggilan Jetstar (nombor di atas), dalam mata wang yang sama dan boleh diakses melalui laman web dan tersedia dalam Bahasa Inggeris, atau dalam kes perbandingan dengan penerbangan Jetstar Pacific (BL), dalam Bahasa Inggeris atau Vietnam.
  • Sebaik sahaja ejen tempahan kami telah mengesahkan penerbangan syarikat penerbangan lain atau pakej percutian pesaing lebih rendah, kami akan menawarkan tambang Jetstar atau pakej percutian Jetstar setanding yang berkenaan untuk dibeli pada harga 10% lebih rendah daripada harga tambang syarikat penerbangan lain atau pakej percutian pesaing. Anda mesti membuat bayaran pada masa yang sama tuntutan dibuat – kami tidak akan menahan tempahan untuk pembayaran kemudian.
  • Starter Fares with Plus Bundle, Starter Fares with Max Bundle, Business Fares dan Business Max Fares dikecualikan daripada promosi ini.
  • Promosi ini hanya boleh digunakan semasa mengenal pasti tambang atau pakej percutian dalam talian yang lebih rendah sebelum membuat tempahan. Tuntutan tidak boleh dibuat selepas tempahan selesai dibuat.
  • Untuk tujuan mengesahkan perbezaan harga, semua surcaj, fi dan cukai yang berkenaan dan jumlah tambahan yang dicaj, yang berkait dengan membuat tempahan akan disertakan. Kami tidak akan mengenakan fi tempahan melalui telefon untuk tambang atau pakej percutian yang dibeli di bawah tawaran ini.
  • Sila beri Jetstar masa sehingga 72 jam untuk menghantar itinerari anda melalui e-mel. Anda tidak boleh menempah tambang untuk perjalanan dalam masa 72 jam selepas membuat tempahan di bawah promosi ini.
  • Tawaran ini tidak boleh diguna pakai untuk perbandingan dengan harga program Frequent Flyer atau harga berasaskan keahlian.
  • Tambang percuma dengan syarikat penerbangan lain (mengambil kira semua surcaj, fi dan cukai yang berkenaan) dikecualikan daripada promosi ini.
  • Anda boleh membeli sehingga maksimum 10 tambang atau pakej percutian Jetstar untuk sehingga 10 orang penumpang semasa membuat tuntutan di bawah promosi ini, dengan syarat anda boleh menunjukkan bahawa bilangan tambang atau pakej percutian yang anda tuntut daripada Jetstar tersedia pada tambang atau pakej percutian yang lebih rendah harganya.
  • Promosi ini sah untuk tempahan penerbangan yang dibuat hingga 31 Mei 2014.
Tutup
loading